Hairan juga dengan gelagat Zaid Ibrahim ini. Tak semena-mena dia komen fasal ISA. Dia ni menteri kabinet dari Malawi kah? Tak sedar diri diambil jadi menteri, kerja dia tak buat, komen pula fasal hal Menteri Dalam Negeri.
Masa Majlis Peguam buat dahulu dia diam pula. Itu kerja dia untuk berunding dengan konco-konco majlis itu. Menteri ni ada pelik sedikit.
Dia tahu proses undang-undang, dia tahu dia dalam antara eksekutif legislatif tertinggi di negara ini, tapi dia buat kenyataan bodoh sebagai menteri.
Pandai pula suruh Muhyiddin letak jawatan. Tapi sekurang-kurangnya Muhyiddin bercakap atas dasar kepimpinan parti bukan undang-undang kerajaan yang sepatutnya dia sokong dan pertahan.
Beliau secara gentleman sepatutnya letak jawatan sebagai menteri dan bukannya tunggu Pak Lah. Menteri apa yang Pak Lah simpan ni? Dah keluar, nak hentam, hentamlah.
Buanglah menteri ni, masuk PKR pun tak apa, sebab PKR pun bakal jadi parti pemprosesan sisa buangan.
Seorang lagi anak Pak Berahim buat hal.
2 comments:
Dah letak jawatan tapi tak mahu bagi lepas Senator, apa ni Zaid, sedolah sikit awak tu siapa?
Pencalonan pun dapat 13 je!
Lepas kan senator tu untuk lain-lain orang Islam yang dilihat betul-betul bela Islam. Awak tak, bila Majlis Peguam buat kurang ajar awak diam je. Perbincangan antara agama awak bukan main syok pulak.
Zaid ni UMNO boleh right off atau hapus kira je. Dia ni liabiliti for UMNO. Kenapalah Pak Lah terhegeh-hegeh pilih orang tua ni?
Post a Comment