Wednesday, September 3, 2008

Muhyiddin Bakal Lompat?

Naib Presiden UMNO merangkap bekas Menteri Besar Johor mungkin merasa akan tekanan yang amat sangat akibat beberapa kenyataan berterus terang beliau sebagai mengguris hati kepimpinan tertinggi UMNO iaitu Pak Lah. Panglima-panglima Pak Lah terutama yang tidak setuju dengannya, khususnya dari Johor nampak akan peluang untuk menjatuhkannya. Tambahan pula jawatan Naib Presiden kini menjadi idaman 8 atau 10 calon termasuk mereka-mereka yang minta di'recycle'.
Sejarah UMNO telah membuktikan bahawa jika seseorang pemimpin itu sudah sampai ke tahap yang tinggi tetapi hilang peluangnya untuk menjadi nombor satu, apa yang jadi ialah mereka akan menubuhkan parti baru untuk mendapat mandat rakyat atas kemampuan peribadinya.
Dari Onn Jaafar yang menubuhkan Parti Negara, Tengku Razaliegh yang membentuk Semangat 46 dan akhir sekali Anwar yang mahu mengambil peranan Tuhan dengan menubuhkan Parti Keadilan Rakyat.
Mungkinkah Muhyiddin yang dikenali amat rapat dengan Anwar akan melompat ke PKR jika ditawarkan Anwar jawatan Timbalan Perdana Menteri?
Biasanya orang Johor prinsipnya kuat seperti Tun Musa Hitam, walaupun marah dengan Mahathir tetapi beliau tetap bersama UMNO dan sehingga kini berperanan sebagai negarawan yang dihormati.
Muhyiddin? Sama-sama kita tunggu.....

3 comments:

malascerita said...

Muhyiddin jadi TPM jika PKR berkuasa? Habis Lim Kit Siang macam mana? Anwar mana boleh lupa sahabat lama, sahabat berpeluk cium. Macam mana nak confirmkan Malaysia negara sekular tanpa DAP jadi orang nombor dua. Anwar mati dia jadi PM. Pergi mampusla Melayu.

botakchin said...

Dia dah nafi dah! Siap bawa masuk Tun Mahathir pulak. Tak kan nak masuk parti si Nuar tu.

gurumoden said...

Tahniah abang Muhi, kerana berkata apa yang patut dikata. Pak Lah dah tak mampan daaaah. Kerajaan di bawah pimpinan dia buat apapun tak beri kudis pada Anwar.
Rakyat dah jelak, rakyat dah benci, bukan dengan BN tapi dengan 'you know who'.