Friday, September 12, 2008

Antara Kera dan Nik Aziz



Di TV3 semalam, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz kata dia keliru dengan sikap Tun Mahathir yang keluar masuk UMNO dan beliau juga senang hati sebab UMNO sebagai MUSUHnya memang lemah sekarang.
Tapi saya juga keliru Tok, kerana mengapa Tok Nik bermusuh dengan UMNO yang selama ini memang Islam? Oh mungkin bermusuh dengan UMNO tapi tak dengan ahli-ahlinya. Kalau begitu Tok, PAS ini memang berkawan dengan DAP tetapi bermusuh dengan kafir-kafir harbi dalamnya. Tak gitu Tok?
Nampaknya PAS pun dah keliru dek kerana kemaruk kuasa. MB Perak macam puppet, MB Selangor nak buka kandang babi mega, MB Kedah nak tebang hutan, KM Penang kini mahu projek mega.
Tak tahu lah Tok Nik, nampaknya semua dah keliru.
Tapi yang jelas bagi saya bukan PAS sahaja yang melencong, Tok Guru pun tersasar, habis ilmu agama, habis maunah ulamanya, hilang nur ilmunya dek politik, kepimpinan ulama?
Sayang sekali ya, kalau kera diberi bunga, disepah-sepahkan kelopaknya kerana binatang ini tak ada akal, tetapi manusia macam Tok Guru yang ada akal, diberikan agama, tetapi merangsang perpecahan sesama Islam.
Mana lebih baik, kera atau Tok Guru Nik Aziz? Bak kata Nabil, "Lu fikirlah sendiri!!"

4 comments:

antitempeyek said...

Oi tempeyek! Baik awak tarik balik kenyataan awak tu! Ini sudah lebeh ni. Saya dok ikut awak punyai blog! Apalah punyai goblog! Asik hentam PR je! Balancelah sikit.
Tuan Guru kita tu oi! Tak reti hormat orang berilmu. Bertaubatlah, jangan hina orang, lebih-lebih lagi orang berilmu.
Jangan ketulah pulak awak tu nanti.

nanonano said...

Betullah Tuan Guru, tapi bila masuk politik, kena jadi ala-ala munafik gitu.
Cakap sini lain, buat sana lain.

kuatPAS said...

Mana boleh banding tok guru ngan kera!

ulammamak said...

Tok guru, tok guru. Sampai dah tak boleh fikir daaah? Kesian. PAS tak keliru sebab dia parti, yang keliru Tok Guru.
Tapi nampak gaya kenyataan Tok Guru dengan kenyataan Datuk Hadi akhir-akhir ini dah bercanggah, apa sudah jadi? Ikhtilaful Ulama ke?