Tuesday, September 2, 2008

Cuti 16 Sept: Provokasi AI kepada Orang Sabah dan Sarawak?

Penasihat PKR dijangka akan terus memancing Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk melompat ke Pakatan Rakyat dalam usahanya untuk menjadi Perdana Menteri.
Beliau dijangka terus memainkan sentimen ketidakpuasan hati warga Malaysia Timur dan akan membangkitkan isu-isu yang menyemarakkan kemarahan rakyat Sabah dan Sarawak.
Bibit-bibit yang akan menjadi modal besar Anwar ialah keengganan YB-YB negeri-negeri tersebut menandatangan akujanji akan terus setia bersama BN. Seorang wakil rakyat Sarawak pula telah menimbulkan isu peruntukan sebanyak RM3.3 billion untu Sarawak tidak mencukupi.
Anwar juga akan terus mengasak dan mendesak agar AP-AP dari negeri-negeri ini meminta lebih sehingga kerajaan persekutuan tidak mampu untuk memenuhinya.
Penasihat PKR itu terus memprovokasi tarikh 16 September itu dengan mencadangkan bahawa kelima-lima negeri di bawah kuasa pembangkang mengumumkan cuti umum sempena memperingati tarikh penubuhan Malaysia dan secara tidak langsung sebagai provokasi seolah-olah kerajaan persekutuan memperlekehkan kemasukan Sabah dan Sarawak dalam gagasan Malaysia tanpa mengisytiharkan cuti umum sempena hari tersebut.
Jolok menjolok ini memang cara Anwar. Beliau bercakap mengenai moral sedangkan cara beliau untuk menuntut kuasa ini adalah cara paling kotor dalam sejarah politik Malaysia.

3 comments:

Anonymous said...

sentuh tentang moral anwar memang ad benarnya..kalo di fikirkan secara logik, anwar akan membawa ahli parlimen sabah dan sarawak secara percuma?mesti menawarkan sesuatu kebaikan untuk kepentingan peribadi sendiri..itu bukan di panggil 'Rasuah'. ini pemimpin yang bercerita tntg org lain yg mengamalkan rasuah..mcm mane dgn anwar?? fikir2 kan la,mengharap pembaharuan mmg baik tapi biar kena pada tempatnya..
jangan kerana marahkan org lain,maruah kita pun kita gadaikan..

Anonymous said...

This is his personal crusade. He will do anything to seize power. Kurang Ajar. Dia ajar semua orang jadi kurang ajar, kerajaan yang dia nak bentuk akan jadi kerajaan kurang ajar. Makin aku tengok muka dia, 2Xlim, karpal, muka-muka orang PAS yang cakap tak serupa bikin pun dah mula aku naik meluat.

Anonymous said...

Selangkah lagi AI akan jadi PM, selangkah lagi Melayu akan tersungkur. Selamat tinggal DEB yang selama ini telah membantu memakmurkan Melayu.
AI kata DEB untungkan segolongan Melayu, tapi dia tak bagi tau DEB juga telah menguntung konco2 dia semasa dia berkuasa dulu. 2x5 aje. Cuma kali ini kalu dia berkuasa balik dia bawa sekali bau-bau babi sekali ke kabinet.