Wednesday, August 27, 2008

JOM UBAH ke Era Melayu Tanpa Kuasa

Ramai menjangkakan bahawa Anwar akan menang di kawasan parlimennya di Permatang Pauh tetapi majoriti yang sebanyak itu jelas menunjukkan bahawa tsunami politik dan kebencian rakyat terhadap kerajaan sekarang masih meluap dan belum menunjukkan tanda-tanda keredaanya lagi.

Walaupun BN menerusi jentera-jentera kerajaan, isu sumpah laknat Saiful, pendakwaan dua exco Perak atas tuduhan rasuah, berita keganasan terhadap wartawan dan gelagat 'mobster' oleh penyokong-penyokong PKR, pengundi masih menerima Anwar sebagai pemimpin mereka.

Anwar telah mengakui bahawa beliau telah menempuh 'all odds' dalam pilihanraya kali ini. Beliau akhirnya berjaya mengangkat sumpah pada 28 Ogos 2008 sebagai ahli parlimen dan terus akan dinobatkan sebagai Ketua Pembangkang.

Tarikh yang dikatakan keramat 16 September masih lagi dinanti-nanti oleh semua termasuk pelabur-pelabur Bursa Saham.

Akhbar-akhbar antarabangsa khususnya dari AS telah memberikan laporan saban hari terhadap perkembangan AI termasuk International Herald Tribune. http://www.iht.com/articles/2008/08/26/asia/malay.php

Umum tahu bahawa AI bersekongkol dengan rapatnya dengan kaum-kaum lain di dalam PKR mahupun dengan DAP, umum tahu akan hubungan beliau dengan pemimpin-pemimpin barat, umum tahu akan beberapa tuduhan rasuah terhadapnya semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan TPM, umum tahu bagaimana beliau telah berjaya meninggikan jumlah NPL dikalangan orang Melayu semasa kemelut kewangan 1997 dan banyak lagi 'blunder' yang dicetuskan oleh beliau. Jika tidak kerana campur tangan TDM, mungkin Malaysia masih lagi terbelenggu dengan cengkaman IMF sampai ke hari ini.

Tetapi semua ini bagaikan dilupakan, dimaafkan atau terlepas pandang oleh orang Melayu. AI bersekongkol dengan DAP yang jelas mahu menegakkan negara sekular dan menentang Islam sebagai agama rasmi serta hak-hak orang Melayu. PKR dianggotai oleh pelbagai kaum bercampur dengan DAP yang kononnya juga pelbagai kaum tetapi chauvinis yang pasti melemahkan kuasa Melayu.

Semua lupa bahawa AI adalah manusia biasa yang bakal mati. Mungkin beliau boleh memperjuangkan nasib Melayu ketika hayatnya ada. Jika ditakdirkan beliau meninggal ketika dipuncak kuasa siapakah di kalangan pemimpin Melayu dari kalangan PKR yang mampu setanding dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal, Ronnie Liu dan konco-konconya. Khalid Ibrahim? Selamat tinggal Melayu!

Apakah akan menjelma seorang lagi AI dalam PKR? Ini kita tidak pasti, yang pasti parti ini akan lemah tanpa AI dan nasib orang Melayu akhirnya akan tergadai apabila golongan kafir harbi ini menguasai pakatan rapuh ini.

Siapa yang harus dipersalahkan? Soalan ini tidak guna ditanya lagi ketika itu kerana Melayu sudah hilang segala-galanya. Mahukan perubahan, ambillah perubahan ini............Melayu tanpa kuasa.

2 comments:

cinabuta said...

Selamat tingal Melayu, selamat datang negara sekular tajaan AI

mamak kelantan said...

Anwar tidak akan berhenti selagi beliau tak jadi PM. Biarpun negara yang bakal dipimpinnya sebuah kerajaan yang paling lemah dalam sejarah Malaysia.
Gadailah, juallah, kurnialah, berilah, serahlah, asai aku PM