Wednesday, August 6, 2008

Exco-exco Yang Dungu

Para pegawai tadbir dan diplomatik telah mendapati beberapa Exco kerajaan negeri tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di dalam sesi dialog Persidangan Perkhidmatan Awam 2008 baru-baru ini.
Yang lebih lebih menarik ialah mereka tidak tahu portfolio mereka atau agensi yang ada di bawahnya.
Nah, inilah dia pilihan rakyat. Ada orang kata bahawa kita harus memilih pemimpin yang padan dengan muka kita. Padankah muka kita dengan Exco-exco yang dungu ini?
Syarat untuk menjadi warganegara Malaysia ialah seseorang itu harus tahu berbahasa Melayu. Ketika negara di ambang merdeka, bangsa asing telah diterima menjadi rakyat Malaysia melalui kaedah jus soli dan mereka dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu, apatah lagi para pemimpin?
Exco-exco yang tak reti bahasa ini datang dari planet mana? Ini jentera kerajaan negeri, entah berapa ramai lagi yang macam ini dalam Dewan Rakyat?
Kalau peraturan persekutuan mensyaratkan Bahasa Melayu sebagai syarat kerakyatan, mengapa SPR tidak mengenakan syarat sedemikian untuk calon-calon yang hendak bertanding dan mewakili rakyat? Bertutur dan kebolehan menyampaikan maklumat adalah perkara asas dalam kepimpinan, kalau sudah seperti orang bisu dan dungu, baik letakkan katak sebagai calon!

5 comments:

Anonymous said...

Planet mana asal merekatak tahu tapi sudah pasti mereka tu dari parti Anwar. Sah-sah mereka ini calon tangkap muat.
Inilah rupanya parti yang bakal perintah Malaysia. Kalau ikutkan nak jadi rakyat Malaysia pun TAK LAYAK

Anonymous said...

Dalam PKR AI sahaja yang pandai cakap, oleh itu jika AI bercakap semua DIAM!!
Sebab itu dia pilih mereka yang tak tau bahasa Inggeris atau Melayu.
Inilah PKR.

Anonymous said...

Banyak dalam PKR yang boleh cakap apa? Tian Chua, Sivarasa, Uthayakumar tambah pula dengan geng DAP yang banyak gengster tu, Lim Kit Siang anak beranak, Karpal Karam dan anaknya Go Bin Dol, Teresa Kokok, Ronnie Liu dan yang sewaktu dengannya.

Anonymous said...

Alah, dulu pemimpin UMNO juga bukannya pandai sangat! Yang Almarhum Tunku dulu pi bagi air dengan harga yang murah sangat sampai 100 tahun, pandai ke? Sampai la ni nak runding pun tak leh

Anonymous said...

aik jantanjohor,
orang dah meninggal dah tak buleh bela diri, beranila awak ngutuk ye.
perjanjian air dan tambak tu btl2 negotiated. isu air tu kalo kira betul2 kita tak rugi, singapore pun tak untung. too bad dipropagandakan by both side. awak tau ker semua maintanance piping tu s'pore yg bayar? cost-wise mmg kita tak rugi. Cumanya s'pore dengan egonya layan kes ni, tak sedaq diri yg sumber air tu dari kita. Lagipun kalo ikut dasar kita, kita kan nak berbaik sangka dgn jiran, tak nak la wujudkan suasana tegang tu. niway semua ni bukan berpunca dr perjanjian tunku tu. tolonglah hormat sikit negarawan kita ya.