Monday, August 11, 2008

Hanya Helaian Perlembagaan Yang Membela Melayu

Kecuali Parti Keadilan Rakyat, hampir semua pertubuhan Islam dan Melayu bergabung menentang forum anjuran Majlis Peguam bertajuk Memeluk Islam.

Tindakan kurang ajar Majlis Peguam itu meneruskan forum tersebut walaupun ditamatkan awal boleh dikatakan mencapai matlamatnya.

Dikala kemarahan umat Islam akibat forum tersebut, beberapa persoalan perlu ditonjolkan dan ini berkisar sekitar sikap dan pegangan umat Islam itu sendiri terhadap agama mereka.

Perkara pokok yang perlu kita renungkan ialah mengapa Majlis Peguam yang diwakili oleh lebih ramai anggota bukan Islam tidak menghiraukan langsung undang-undang dan perlembagaan negara dan berani menyentuh soal-soal sensitif orang Islam dan Melayu. Padahal merekalah golongan yang sepatutnya mendokong undang-undang dan sebarang gesaan untuk meminda perlembagaan mestilah melalui institusi Parlimen. Mereka hanya sekadar menyelusuri jalur-jalur undang-undang, bukan mempersoalkannya.

Umat Islam patut memberikan masa yang wajar untuk mereka memandang kembali akan keadaannya dan sejauh mana mereka menghayati agama ini yang mereka percaya pasti membawa rahmat kepada seluruh alam.

Umat Islam wajib memerhatikan tentang penerimaan agama ini di dalam perlakuan mereka setiap hari. Nyata pada hari ini pelbagai ragam amalan umat Islam sendiri yang tidak mencerminkan langsung peradaban yang mulia.

Pernahkah kita memikirkan semula akan nasib golongan mualaf yang telah memberikan kepercayaan dengan memeluk agama Islam sebelum mendirikan rumah tangga tetapi telah diabaikan?

Pernahkah kita terfikir akan berapa ramai mualaf yang tidak dibentuk dan dididik dengan didikan yang sempurna sehingga mereka betul-betul faham akan keputusan besar yang telah diambil dalam hidup mereka. Mereka telah disisihkan keluarga dan saudara mara terus menerus menjalani hidup ini tanpa arah dan tujuan.

Elemen-elemen ini yang bersangkut terus dengan sikap umat Islam telah memberikan wajah yang hodoh terhadap agama ini sehingga seluruh dunia memandang sinis dan menghinanya.

Kita menentang Majlis Peguam hanya berdasarkan helaian Perlembagaan yang hampir menghadapi pindaan sekiranya kuasa Melayu dan Islam di bumi bertuah ini terhakis. Kita menentang tanpa apa-apa kekuatan dalaman umat Islam itu sendiri.

Ingatlah semasa Lee Kuan Yew mengharamkan amalan bertarhim sebelum Subuh di kota singa dahulu. Perancangan mengharamkan tarhim telah dibuat begitu rapi sehingga umat Islam terpaksa menerimanya tanpa apa-apa bantahan lagi. Harus diingat, umat Islam Singapura adalah golongan yang tidak dalam keadaan boleh berunding dengan kerajaan.

Apabila diharamkan tarhim datanglah sekumpulan masyarakat Islam Singapura menemui LKY dan Perdana Menteri itu mencadangkan agar mereka bertenang dan berjanji akan tempoh pengharaman itu akan memakan masa seminggu lagi.

Dalam tempoh larangan seminggu tersebut, beliau telah mengarahkan anggota Cawangan Khas berada di masjid tersebut dan menghitung bilangan jemaah yang datang untuk bersolat Subuh.

Seminggu selepas itu, tarhim dibenarkan untuk berkumandang semula dan anggota Cawangan Khas itu terus berada di masjid menjalankan tugasnya.

Selesai seminggu LKY memanggil semula AJK masjid berkenaan dan memberikan hujah yang tidak dapat dipatahkan oleh mereka. Beliau telah menunjukkan laporan anggota Cawangan Khas itu dan nyata bilangan mereka yang bersolat Subuh tidak bertambah dengan adanya tarhim tersebut dan amalan bertarhim terus diharamkan.

Ini mungkin soal yang kecil tetapi, di negara kita, walaupun ada undang-undang dan perlembagaan untuk melindungi umat Islam, golongan kafir terus berani menentangnya apatah lagi jika kuasa politik sudah tiada lagi!

Umat Islam Malaysia seumpama kerengga yang menjaga mangga, manisnya mangga tidak dikecap, tetapi jika ada yang mahu menggugurkannya akan diserang dan digigit.

Malah lebih dari itu, dalam banyak keadaan umat Islam sendiri tidak menghormati agamanya, nah, bagaimana mungkin sikafir menghormatinya. Helaian-helaian perlembagaan nyata tidak boleh memaksa mereka menerima Islam sebagai satu agama yang baik.

6 comments:

Anonymous said...

Sapa kata PKR tak ada dalam perhimpunan menentang forum Memeluk Islam? Tu Zul Nordin buat apa? Dia yang lantang dan masuk ke dewan forum dan bertegang leher dengan penganjur!

Anonymous said...

Tok sahlah nak gaduh lagi. Orang Melayu ni dalam alam siber pun nak gaduh.
Sedolah kita dah tak ada apa-apa daah. Seluar dalampun dah koyak-koyak, nampak semua keburukan orang kita. Sumbang mahramlah, dadahlah, liwatlah, rasuahlah, pecah amanahlah. Suma -ve.
Sebab tulah M peguam naik tocang. Tau-tau saje bangsa apa belakang M peguam tu.
Tarik balik Datuk dari Ambiga tu. Sebenarnya ahli2 M peguam yang menganjurkan forum tu dah tak layak jadi warga negara Malaysia lagi. Halau keluar je!!!

Anonymous said...

Datok Zaid kena, wajib letak jawatan kerana dalam hal ni dia buat de'aje. Patut dialah yang paling lantang pasal benda ni. Dah kena sumbat ke?
Majlis Peguam dah gugat agama ni,boleh terus diam ke? Agama apa dia ni?

Anonymous said...

Now the culprits are harping on the Seditions Act. They will not stop until the Malays show their real strength.

Anonymous said...

Tulis Bahasa Melayulah, tunjukkan kekuatan Melayu. Ni tulis Bahasa Inggeris cerita pasal kekuatan sebenar orang Melayu.

Anonymous said...

Badin, Zul Nordin dah lesap!