Tuesday, August 19, 2008

Dari Pembelamelayu.com

Tak Perlu Ada P/Kecil Permatang Pauh

Satu pendapat yang agak menarik daripada seorang forummer yang menggunakan nama samaran Bak_Arisya seorang Panelis Muda di mykmu.net. Komen beliau adalah berdasarkan Perlembangan Persekutuan — Part IV Chapter 4 (federal legislature) dan Part VIII (elections) serta Election Act, 1958 dan Elections (Conduct of Elections) Regulations, 1981
“Setelah membaca Perlembagaan Persekutuan beberapa kali tentang pIlihanraya dan Suruhanjaya Pilihanraya serta undang-undang berkaitan pilihanraya, saya berpendapat SPR tidak perlu memanggil pilihanraya kecil Permatang Pauh berikutan peletakan jawatan Wan Azizah. Ini kerana walaupun peletakan jawatan MP dibenarkan, ia tidak bermakna kerusi itu kosong secara automatik. Ini berbeza dengan keadaan di mana MP hilang kelayakan seperti menjadi gila ataupun pemilihan MP itu diisytihar tidak sah oleh mahkamah. Bagaimanasekalipun, SPR mempunyai kuasa untuk menentukan samada sesebuah kerusi itu kosong and menentukan samada hendak memanggil pilihanraya kecil.
Dalam kes peletakan jawatan dan kematian MP serta keadaan di mana mahkamah mengisytiharkan pemilihan MP tidak sah, SPR boleh; – mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memangil pilihanraya kecil, atau – mengisytiharkan calon dengan undi kedua terbanyak dalam pilihanraya sebelumnya sebagai MP baru. Dalam kes MP hilang kelayakan, kerusi menjadi kosong secara automatik dan SPR perlu memangil pilihanraya kecil tetapi ia boleh menentukan bila kekosongan kerusi itu seterusnya bila pilihanraya kecil akan dilakukan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan. Mengenai kematian MP, secara konvensyen, SPR akan memanggil pilihanraya kecil. Tentang peletakan jawatan… kalau tak silap cuma satu insiden iaitu selepas Mat Tyson letak jawatan MB dan Abu Hasan dilantik penganti. Di Bukit Bintang tak lama dulu (kalau tak silap) mahkamah telah melantik calon dengan undi kedua terbanyak sebagai MP setelah mengistiharkan pemilhan calon dengan undi terbanyak tidah sah. (Kuasa mahkamah dalam kes seperti ini telah di “delegate” kan kepada SPR berikutan satu pindaan undang-undang.”
Saya telah meneliti peruntukan undang-undang yang dimaksudkan dan juga merujuk kepada pengamal undang-undang di mana mereka bersetuju dengan pendapat penulis bernama Bak_Aresya.
Oleh yang demikian, saya, hangjebat aka hajilosong di Pembela Melayu.com dengan ini menyeru pihak SPR agar mematuhi peruntukan yang sudah pun termaktub dalam Perlembagaan Malaysia tersebut. Pilihanraya Kecil ini adalah tidak perlu sama-sekali dan keputusannya kelak boleh dicabar di Mahkamah!

1 comment:

Anonymous said...

PKR buat macam p/raya ni mainan keluarga dia je. Suka-suka letak jawatan lepas tu habiskan duit pembayar cukai buat pilihanraya kecil