Setakat ini, PEKIDA sahaja pertubuhan Melayu yang sanggup berdemonstrasi jika Majlis Peguam meneruskan rancangannya untuk berseminar sekali lagi untuk mempersoalkan agama Islam, kali ini mengenai memeluk Islam. Majlis ini sudah tidak peduli langsung arahan Perdana Menteri kerana keseluruhan struktur perpaduan Melayu semakin kucar kacir. Tanpa mortar, tanpa meriam, tanpa dentuman senjata musuh.
Sambil bercakaran sesama sendiri, ahli-ahli UMNO juga bertegang urat dengan lain-lain Melayu dalam PAS dan PKR. Sedang kita sibuk membicarakan soal liwat Anwar-Saiful, muqabalah, Pak Lah beralah, rasuah peringkat tertinggi, Altantuya, konpirasi Melayu, Majlis Peguam yang bukan Melayu mengambil peluang untuk mempengaruhi rakyat bukan Islam memandang semula serta mempersoalkan kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh pejuang-pejuang kaum mereka terdahulu.
Orang Melayu sudah tak kenal lagi musuh utamanya yang tetap mengasak dari setiap sudut dan peluang yang ada.
Apalah gunanya mencanangkan muzakarah, muqabalah sehingga apabila musuh nyata umat Islam mengorak langkah mempersoalkan Islam secara terang-terangan, masing-masing baik dalam PAS dan UMNO seolah-olah dayus, Pak Sheikh pun dah tak naik sheikh dah.
Pemuda UMNO, PAS MANA? Tindakan Majlis Peguam melibatkan semua orang Islam, kenapa tidak bergabung dan demonstrasi ramai-ramai membantah tindakan mereka itu.
Sahlah parti-parti ini hanya mahu merebut kuasa Melayu yang hampir malap dan ranap; perjuangan mereka tidak lain menentang sesama sendiri sehingga alpa dengan langkah dan tindak-tanduk kafir harbi.
1 comment:
Hoi, banyak pertubuhan Melayu yang masuk menentang Majlis Peguam.
Post a Comment