Wednesday, September 3, 2008

Rasuah Parti: Bukti UMNO Masih Kuat

Keghairahan untuk memegang tampuk kepimpinan UMNO di peringkat bahagian kini semakin rancak dengan penangkapan calon Ketua Bahagian di Negeri Sembilan dan calon Ketua Pemuda Bahagian di Selangor.
Mungkin banyak lagi kes-kes rasuah politik yang sewaktu dengannya yang akan dikendalikan oleh BPR.
Tetapi di kala orang banyak mengatakan bahawa UMNO sudah tidak relevan dan UMNO sudah lemah, penahanan-penahanan ini membuktikan sebaliknya.
Jika UMNO itu semakin lemah, masakan ramai di kalangan kepimpinannya di peringkat bahagian ini sanggup merasuah untuk mendapatkan undi? Tentu mereka ada perkiraan sendiri sehingga sanggup melabur sehingga tertangkap. Ini belum mengambil kira silat kuntau yang dimainkan oleh mereka yang ghairah untuk kekal berkuasa seperti abang Mail Kijo di Ampang. Di bahagian Kota Tinggi pun 'berghamok' walaupun yang menjadi ketua seorang Menteri penuh yang kanan.
Apakah mereka ingin benar untuk 'menyakau' saki-baki peluang yang ada sebelum UMNO 'gulung tikar' dan hilang kuasa?

2 comments:

Anonymous said...

Bersihkan malaon2 dalam UMNO. Mereka ni kalu UMNO dah tak ada kuasa nanti bertaburan pergi keluat negeri minta suaka politik sebab mereka memang puaka politik.

Anonymous said...

Gegar sana, gegar sini, kuat lagi ke?