Monday, August 4, 2008

PAS PENJARAKAN HUDUD!!!

Akhirnya Datuk Seri Hadi mengumumkan PAS akan tetap bersama PR dan tiada lagi persoalan mengenai penggabungan politik dengan UMNO/BN untuk penyatuan orang Melayu dan Islam apatah lagi penubuhan kerajaan campuran di peringkat negeri.
Kalau pada permulaannya TG Nik Aziz meletakkan Hudud untuk bersama-sama UMNO kini PAS lebih selesa dengan kedudukan bersama-sama dengan DAP dan PKR yang tidak bukan sahaja tidak menunjukkan minat untuk menegakkan Hudud dan Qisas malah menentangnya.
PAS lebih selesa dengan Karpal Singh yang mahu mayatnya dilangkah dahulu untuk menubuhkan sebuah kerajaan Islam.
PAS lebih rela kepimpinannya di Perak sebagai kerajaan boneka DAP.
PAS lebih redha dengan stail kepimpinan Anwar yang telah terbukti tidak mampu membawa apa-apa kebaikan buat Islam.
PAS lebih rela menjauhkan diri mereka dari menyatu-padukan orang Melayu dan Islam.
PAS lebih rela memenjarakan matlamat Hudud dan Qisas yang selama ini menjadi asas perjuangan mereka.
Benarkah PAS parti Islam tulin? Benarkah PAS Hizbullah? Ikhlaskah para pemimpin PAS dalam menegakkan Daulah Islamiah di negara ini atau sekadar menjadi slogan untuk menawan hati orang Melayu?

3 comments:

Anonymous said...

PAS dah tak percaya UMNO lagi. PAS dah serik dengan mainan politik kotor UMNO yang mempermain-mainkan agama dan memperolok-olokkan pemimpin PAS.
Sekarang dah tersepit panggil lagi PAS konon-konon untuk perpaduan Melayu dan kepentingan Islam.
UMNO nak bela Islam, tolong sikit. Dah yang haram dihalalkan Islam apa benda tu!!

Anonymous said...

Bagi Pas hudud ni sebagai slogan dan batu loncatan untuk meraih kuasa. Dasar ini sanggup dikorbankan untuk mendapatkan sokongan rakyat dan mengambil peluang dikala UMNO/BN tengah lemah la ni. Sanggup buat kelab penyokong Pas dan sanggup letak calon bukan Islam di Johor. Kan pelik tu? Dulu kata tak boleh pilih bukan Islam untuk memimpin sekarang tarok orang bukan Islam boleh.
Fatwa baru gamaknya. Islam yang dibawa Pas adalah Islam ikut permintaan semasa bukan ikut Quran dan Sunnah.
Macam mana ini Tuan Guru?

Anonymous said...

Sama-sama kita tengok dan dengar ada tak PAS ni riuh-riuh lagi pasal Hudud dan Qisas dalam PRK Permatang Pauh.
Gerenti tak berani punya sebab ada DAP. Kalu boleh kita nak tengok macam mana MB (Menteri Boneka) Perak kempen kat situ.