Melihatkan gelagat ADUN Komtar mengambil peranan penguatkuasa saya menggeleng kepala dan berkata-kata pada diri sendiri, apakah seorang wakil rakyat, yang bergelar yang berhormat sudah hilang batasnya sebagai pemimpin masyarakat?
Adakah Ng Wei Aik sedar dia tu wakil rakyat dan dalam setiap masa membela rakyat? Adakah beliau sedar bahawa pemilik restoran itu juga rakyat yang berniaga? Atau apakah bagi dia rakyat yang dibela itu adalah terdiri dari kaum Cina sahaja di mana sudah diketahui umum parti yang diwakili itu adalah satu parti chauvinis Cina?
Sudah menjadi lumrah, sekurang-kurangnya di Malaysia, wakil rakyat sepatutnya bersikap neutral dan memberikan penyelesaian yang terbaik buat rakyat dan pemerintah. Adakah beliau sedar bahawa wakil rakyat adalah jambatan antara rakyat dan pemerintah? Adakah beliau sedar beliau adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri yang berperanan sebagai penasihat bosnya itu?
Adakah beliau tidak mempunyai kerja lagi? Atau adakah bosnya sudah kehilangan arahan untuknya? Sungguh buruk pemandangan apabila beliau bersama-sama penguatkuasa mengangkat dan menyita barangan restoran itu? Apakah dendam kesumat yang ada dalam benak kepala HOTAK beliau itu? Apakah kesalahan yang maha besar sehingga beliau turun padang 'menyelamatkan' keadaan.
Saya teringat cerita arwah kawan saya yang pergi ke Nigeria atas urusan perniagaan. Dalam pengembaraannya itu beliau telah dikenakan caj berlebihan apabila tinggal di sebuah hotel. Beliau telah mengadu hal itu kepada pengurus hotel itu tetapi pengurus hotel tersebut tidak peduli tetapi telah memberikan telefon bagi membolehkan kawan saya itu menelefon polis. Dipendekkan cerita, polis pun datang tetapi lain jadinya.
Bukannya polis nak bantu kawan saya itu malah dia meniyakan pengurus hotel itu dan terpaksa membayar sejumlah wang yang dikenakan secara berlebihan itu.
Samalah keadaannya di Pulau Pinang di mana wakil rakyat dungu ini gagal membela dan menjadi perantara rakyat dan kerajaan.
Mereka yang mendokong puak-puak ini serupalah seperti anjing-anjing yang sudah kehilangan deria baunya!
No comments:
Post a Comment