Akhir Interlok terpaksa diadili setelah 40 tahun menjadi bahan rujukan sejarah dan semangat patriotik negara. Hanya dengan satu insiden pembakaran buku tersebut maka ianya terpaksa dirujuk balik dengan persetujuan Kementerian Pelajaran.
Dalam segala segi memang kerajaan ini prihatin terhadap bangsa luar yang sehingga hari ini masih dianggap tetamu dan bukan warganegara. Maka 'tetamu' ini masih terpaksa dilayan mengikut kehendak selera mereka dan tuan rumah kini terpaksa mengorbankan apa jua bentuk identiti dan maruah mereka.
Dalam masa yang sama tuan rumah juga terpaksa berdepan dengan kritikan demi kritikan dan dipaksa merobah gaya hidup dan mengorbankan kebiasaan dalam beragama. Azan Subuh yang berkumandang sejak Islam bertapak di bumi ini juga mahu dipersoalkan dan diherdik serta mahu diperlahankan atau ditiadakan sama sekali.
Persetujuan pihak Kementerian Pelajaran berbincang mengenai kesesuaian novel Interlok karya Pak Lah amatlah menyedihkan pihak tuan rumah kerana pengajaran dan fakta sejarah yang ingin disampaikan kini sudah menjadi persoalan yang besar. Hanya kerana istilah yang dianggap sensitif. Di mana sensitifnya istilah ini? Di Indiakah? Atau cara penggunaan di Tanah Melayu kah?
Apakah kaum pendatang dari bumi paria juga dilayan sebagai paria oleh tuan rumah? Siapa yang membawa paria-paria itu ke mari? Setalah mereka menjejakkan diri mereka di sini adakah mereka masih terpaut dengan gelaran atau semangat paria lagi?
Apakah mereka yang mula-mula datang kemari dan bekerja sebagai pekerja ladang dan pekerja kasar masih terpalit dengan gelaran paria? Atau apakah sehingga hari ini golongan ini masih terkongkong dan menjadi badi akibat gelaran turun-temurun di bumi asal mereka?
Walaupun sudah menjadi realiti apapun kasta mereka ketika menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini mereka sudah gah menemui cita-cita mereka dan menjadi individu antara terkaya dan terpengaruh di sini. Mereka sudah menjadi brahmin atau pseudo brahmin sehingga ke tahap bertepuk tampar dengan Sultan.
Apakah sebab ini mereka sudah memikirkan bahawa perkataan paria sudah tidak relevan lagi buat mereka? Tetapi apakah tuan rumah sejak bertahun-tahun lamanya mengatakan mereka ini paria? Jikalau inilah sebabnya sahlah mereka ini berpemikiran paria atau sedar mereka ini paria dan cuba mempariakan tuan rumah!!!
No comments:
Post a Comment