Saturday, January 15, 2011

Niat 'Murni' DAP

Minggu lepas ADUN Komtar Ng Wei Aik telah mengambil tugas bomba dan penyelamat dengan mengalihkan 'tong gas' yang merbahaya ketika kerja-kerja murni membanteras kesalahan yang dilakukan oleh Restoran Nasi Kandar Aliyar. Beliau juga membantu penguatkuasa MPPP untuk 'memindahkan' barangan peralatan restoran itu ke tempat yang lebih selamat.
Prihatin sungguh ADUN ni. Akhbar Utusan Malaysia hari ini juga telah memberikan tip kepada ADUN prihatin ini akan beberapa lagi lokasi gerai yang mana terdapat juga 'tong-tong gas' yang merbahaya di samping kedudukan gerai itu yang terletak di tepi Lebuh Chulia dan Lebuh Carnarvon. Penulis yakin banyak lagi gerai-gerai dan tong-tong gas merbahaya di sekitar Georgetown itu. Gerai-gerai itu kepunyaan orang Cina yang masih belum diberikan jaminan keselamatan. Rasis? Sekali-kalinya tidak, sebab Pulau Pinang kini diperintah ala 'Umar Abdul Aziz' versi sisepet dari Melaka.
Di Selangor, dynamik duo DAP Ronnie Liu dan Teresa Kokok juga telah menunjukkan keprihatinan mereka terhadap pekerja Islam yang bekerja di premis-premis yang menjuan arak. Kedua-dua 'malaikat' DAP yang berhati mulia ini telah memohon MPSJ menarik balik Surat Pekeliling majlis yang melarang orang Islam bekerja di premis-premis yang menjual arak di sekitar kawasan majlis. Pastilah kedua-dua badut ini mempunyai niat untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan orang Islam.
Mungkin mereka kurang tahu adanya Seksyen 18(2) Enakmen Jenayah Syariah 1995 yang melarang umat Islam bekerja di premis-premis tersebut.
Hairan juga saya dalam keadaan Nik Aziz mahu 'mendidik' orang Cina kafir dan supaya mereka berjinak-jinak dengan Islam, mereka masih tidak tahu perkara asas yang haram dalam Islam.
Kedua-dua insiden yang berlaku dalam masa seminggu ini sahaja sudah JELAS menunjukkan bahawa parti bernama Democratic Action Party yang dianggotai hampir kesemuanya ini adalah "Anti Islam", "Anti Melayu".
APA LAGI PETUNJUK YANG KITA MAHU????

No comments: