Wednesday, January 19, 2011

Selangor Kini Media PARIA!!

Gerakan NGO adalah sinonim dengan imej anti-kerajaan, anti establishment dan golongan pendesak. Imej ini seringkali digunakan oleh media untuk menambahkan sensasi terhadap berita yang mereka ingin sampaikan. NGO adalah 'newsmaker' dan menjadi saluran rakyat untuk menyuarakan rasa tidak senang mereka.
Dalam masa yang sama,kita ada kumpulan pembangkang yang sentiasa membangkang tanpa mengira rasionalisma di sebalik apa yang dibuat oleh sesiapa yang mereka bangkang. Ini stail pembangkang Malaysia
Walaupun sudah berjaya merintah negeri, kerajaan pembangkang Selangor telah menggunakan apa jua saluran yang ada untuk menjaja imej yang buruk kepada kerajaan persekutuan. Mereka juga turut menggunakan imej NGO tadi untuk menokok tambah kesahan rakyat dalam semua isu.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM, yang begitu lantang menyuarakan hak pengguna juga tidak terkecuali dari manipulasi media walaupun pertubuhan ini bersikap berkecuali.
Sebuah media yang dipelopori oleh kerajaan Selangor, Selangor Kini telah secara terang-terangan memanipulasikan kenyataan Setiausaha Agong PPIM, Dr Ma'amor Osman mengenai isu subsidi.
Kenyataan beliau telah dimanipulasi sehingga ianya jelas menggambarkan niat busuk kerajaan Selangor. Lain dikata, lain yang disiar.
Dr Ma'amor dengan tegas telah menyatakan bahawa sebarang subsidi yang dikeluarkan hendaklah berdasarkan kepada produktiviti, walaubagaimanapun dalam bidang-bidang tertentu seperti kesihatan dan pelajaran haruslah diteruskan.
Tetapi ini telah dilaporkan,
"Langkah rasionalisasi Kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan subsidi tidak boleh sama sekali membabitkan barang-barang keperluan asasi, kerana ia pasti memberi kesan yang buruk kepada kehidupan semua rakyat, terutama golongan miskin"
Mengenai kekecewaan yang disuarakan oleh Dr. Ma'amor adalah mengenai jaminan kerajaan yang tidak akan menaikkan harga bahan bakar pada tahun 2010 tetapi pada akhir tahun itu harga petrol dan disel telah dinaikkan.
Tetapi mereka telah melaporkan begini,
"Sebarang jaminan kononnya ia tidak akan mempengaruhi kenaikan harga barangan lain, hanya sekadar alasan untuk melindungi kelemahan serta kegagalan Kerajaan Pusat pimpinan UMNO-BN yang muflis idea akbat penyelewengan dan rasuah yang semakin parah"
Jelas mereka telah memperalatkan sikap berkecuali NGO untuk kepentingan mereka.
Tidak tahu ke mana perginya etika dan adab kewartawanan sekarang sehingga bidang penulisan ini sudah menjadi begitu keji sekali dan membawa mereka yang terlibat di dalam golongan PARIA yang diperintah oleh sebuah gagasan parti politik tahap PARIA!!!

No comments: