Wednesday, January 12, 2011

Muslihat Kembali Kuasa Sultan

Apabila pindaan perlembagaan untuk menghadkan kuasa raja pada tahun 1993 lalu, hampir kesemua ahli parlimen bersetuju termasuk Karpal Singh yang telah lantang memberikan jaminan kepada Perdana Menteri di parlimen. Sebelum itu Anwar Ibrahim juga telah menggariskan beberapa etika yang harus dipatuhi oleh kesultanan Melayu.
Kini kerajaan Pakatan Rakyat sedang sibuk untuk meminda undang-undang tubuh negeri kononnya untuk mengembalikan kuasa Sultan. Agak menghairankan kerana kita maklum bahawa parti chauvinis DAP memang pantang jika kuasa Sultan dikembalikan dan menjamin kelangsungan umat Melayu di Malaysia.
Tidak pasti samada Menteri Besar, Tan Sri Khalid membuat keputusan itu dalam keadaan melatah atau memang betul-betul ikhlas hendak kembalikan kuasa Sultan.
Beliau juga tidak sedar apa-apa pindaan yang bakal dibuat memerlukan sokongan dua pertiga dewan dan dia tahu ini amat mustahil untuk dilakukan.
Tetapi rupa-rupanya Tan Sri Khalid mahu Sultan berkuasa untuk melantik SUK, Pegawai Kewangan Negeri serta Penasihat Undang-undang Negeri, itu sahaja. Maka Teresa Kok pun lega kerana ini sahaja kuasa yang akan diberikan kepada Sultan, bukan ke arah kekebalan raja.
Agak pelik juga kita bila Sultan hanya sebagai tempat yang mahu dirujuk atas perkara-perkara tertentu, apabila diperlu sahaja dalam perkara lain arahan Sultan pula disanggah.
Titah Sultan, contohnya, tidak mahu masjid dan surau dijadikan gelanggang politik tidak dipedulikan dan ada ADUN Melayu PKR yang tidak sedar diri telah mencemuh baginda Sultan Selangor.
Bukankah jelas kelihatan bahawa Khalid kini sedang terhegeh-hegeh mengadap Sultan kononnya untuk mengembalikan kuasa Tuanku. Apakah ini muslihat atau Sultan sebagai s]tempat sandaran bila perlu sahaja? Inilah wajah PKR yang amat buruk terhadap institusi Raja, dari Perak hingga ke Selangor.

No comments: