Sunday, January 23, 2011

Apakah Benar UMNO Nak Berubah?

Memang sah UMNO kini sudah menjadi satu parti yang amat lemah. Perdana Menteri sendiri telah mengesahkannya apabila beliau tegas menyatakan bahawa UMNO-BN memerlukan calon yang boleh menang, 'winnable candidate', untuk bertanding di mana-mana kawasan, sehingga di kubu kuat Johor sekalipun. Ini telah terbukti apabila Azhar Ibrahim telah dipilih untuk bertanding sedangkan beliau bukanlah seorang tokoh UMNO yang menonjol di Tenang, cuma arwah bapanya, Ibrahim Daud adalah merupakan orang kanan dalam parti itu dahulu.
Kalau dahulu calon UMNO adalah dari kalangan mereka yang berjawatan atau pun payung terjun atau sesiapa sahaja boleh diberikan peluang bertanding akan menang tetapi sesjak tsunami politik kini, itu bukan lagi 'rule of thumb' dalam BN.
Penyelewengan yang begitu dahsyat sekali, promosi terhadap peneyelewengan yang telah dilakukan secara sistematik oleh Sivaji Anwar itu telah memberikan impak yang begitu besar kepada senario politik tanahair.
Kini UMNO sedang dalam fasa pemulihan di mana parti itu tidak mempunyai cara lain untuk menawan hati rakyat dan mengaku bahawa faktor calon merupakan faktor terpenting untuk menang.
Tetapi apakah mesej ini sampai kepada semua ahli UMNO? APakah trend tabiat mereka masih sama? Bila ada pilihanraya kecil semua akan turun dengan kereta-kereta mewah masing-masing, bersalam tunjuk muka kepada pimpinan tertinggi dan kemudian balik. Mahu tak mahu mereka kembali dengan kereta besar mereka dan berlagak sebagai tetamu di kawasan PRK tersebut dan tidur di hotel dan langsung tidak sudi beramah mesra dan mengenal secara mendalam dan ikhlas kepada pengundi.
Walaupun pucuk pimpinan telah mengingatkan cara yang perlu diubah dalam berkempen, dekati rakyat, membantu rakyat tetapi rata-rata orang UMNO-BN masih di tahap yang sama, walaupun mereka sendiri saksikan betapa parti lawan tetap bermati-matian berkempen walaupun menggunakan dana sendiri!
Apakah benar UMNO nak berubah?

2 comments:

sgray said...

Hai hairan sunggoh gua tengok lu nie.Masih ada lagi orang camlu yang tak faham apa yang orang kata dan lakukan..

Bukan kah sikap Islam itu merendah diri.tidak sombong dan TAKKABBUR...

Lu dah banyak sangat di doktrin beb..ingat kiblat masih di Kaaba ,Al Quran dan sunnah..BRO...bukan tok2 guru Hampeh tu...

braveiron said...

Gua pun heran dengan komen lu la bro, gua bukan hentam UMNO tetapi nak ingatkan orang UMNO akan gelagat mereka yang tak berubah lagi.