Pertelingkahan politik Melayu kini bakal mengakibatkan seluruh rakyat di negeri Selangor kerana ia kini melibatkan unsur asas kehidupuan manusia iaitu air. Saban hari krisis ini menambahkan keresahan orang ramai kerana kerajaan dan pembekal air Selangor, Syabas tidak mahu berundur dari pendirian masing-masing.
Terkini kerajaan Selangor mengugut untuk membawa Syabas ke muka pengadilan dan tidak akan membaharui lesen syarikat berkenaan.
Syabas juga tidak boleh beroperasi dengan licin baik untuk melabur dengan lebih untuk memperbaiki prasarana pembekalan air dan menjamin bekalan air bersih pada masa akan datang akibat ketidaktentuan yang perpanjangan sejak negeri ini di perintah pembangkang, Pakatan Rakyat.
Beberapa tender penyelenggaraan Syabas yang telah dikeluarkan beberapa bulan dahulu juga tertangguh pelaksanaan dan keputusannya. Sudah tentulah bila kerja-kerja penyelenggaraan ini tertangguh maka kos untuk membaik pulih akan bertambah dan siapakah yang bakal jadi mangsa pertambahan kos ini kalau tidak rakyat.
Malah Sultan Selangor sendiri telah menyuarakan kebimbangan ini tetapi pihak-pihak bertelagah masih lagi berdegil dan tidak mahu berganjak. Sesungguhnya krisis ini tidak menampakkan tanda-tanda ia akan lega malah bertambah gawat lagi, lebih-lebih lagi ianya telah mengheret unsur-unsur politik sekali.
Kerajaan Selangor yang telah menjanji dan melaksanakan program 20meter padu air percuma kepada rakyat sejak ia menang pru12. Tentulah mereka mahu mengekalkan pemberian ini bagi memastikan rakyat akan terus mengundi PR pada pilihanraya akan datang dan dengan kenaikan tariff air sudah tentu kerajaan Selangor perlu berbelanja lebih untuk mengekalkan subsidi ini kerana kegagalan mereka bermakna menempa kegagalan mengekalkan momentum sokongan rakyat. Sudah tentu kerajaan Selangor perlu berbelanja lebih daripada RM234 juta yang telah dibelanjakan untuk subsidi air setakat ini. Atas sebab ini juga MB sendiri telah turun padang dan menjadi Ketua Demonstrasi menghantar memo kepada Yang Dipertuan Agong. Tidak pula diketahui mengapa tiada sebarang memo diberikan kepada Sultan Selangor sendiri?
tetapi apa yang pasti apabila rakyat diberikan air yang percuma atau murah, pembaziran adalah sesuatu yang pasti.
Rakyat Malaysia kini mengguna lebih 300 liter sehari berbanding dengan Thailand, 90 liter dan Singapura 150 liter!
Tetapi walau apa pun kita harap krisis ini dapat diselesaikan segera bagi mengelakkan ianya lebih parah dan penduduk Lembah Klang mungkin terpaksa berdepan dengan risiko krisis air; bukan kerana ketiadaan air tetapi ketandusan keprihatinan pemimpin-pemimpin yang dipilih. Jangan nanti bila rakyat sudah bosan, seluruh negara menjadi lumpuh apabila rakyat mengambil undang-undang di tangannya.
Apakah ini balasan terhadap undi yang telah diberikan rakyat? Apakah rakyat bakal menjadi seperti itik mati kehausan di kolam?
No comments:
Post a Comment