Saya tidak boleh tidak menganggap bahawa apa yang ditonjolkan oleh Wikileaks adalah sesuatu yang Allah hendak tunjukkan kepada kita semua betapa senjata yang selalu digunakan Anwar Ibrahim telah memakan dirinya sendiri.
Anwar yang selalu gemar menggunakan pihak luar untuk menyokong perjuangannya serta mencari apa jua helah untuk membenarkan segala apa fakta yang dikeluarkan bertujuan untuk memburuk-burukkan kerajaan. Baru-baru ini beliau telah berjumpa rakannya dari Australia, seorang Senator yang saya pun tak ingin langsung mengingat atau merujuk namanya yang kononnya menyatakan bahawa rakyat Australia bimbang jika Anwar tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dari sistem kehakiman negara ini.
Sejak bila pula Australia risau terhadap seorang yang bukan warganegaranya? Adakah pendapat Senator malaun mewakili pendapat seluruh rakyat Australia?
Anwar juga menggunakan taktik mempersoalkan kewibawaan apa jua sistem yang menentangnya seperti polis, kehakiman, apatah lagi kuasa politik dan pemerintah.
Kita dapat saksikan betapa liciknya beliau menangguhkan kes liwatnya sehingga lebih dua tahun? Adakah beliau sedar sebenarnya rakyat ingin tahu apa sebenarnya berlaku? Sebaliknya beliau telah memutarkan keadaan dengan mencuba mengaburi mata rakyat bahawasanya tuduhan terhadap beliau itu satu konspirasi kerajaan untuk menjatuhkannya. Saya tidak setuju dengan perbuatan Saiful melakukan sumpah mengakui akan berlakuknya kejadian itu kerana ia bertentangan dengan syara', tetapi Anwar boleh melakukan sumpah menafikan kejadian itu, tetapi para penasihat agamanya sendiri tidak berani menasihatinya untuk bersumpah.
Kini bila Wikileaks, sebuah pihak dari luar negara membicarakan tentang kebenaran terjadinya peristiwa liwat 26 Jun 2008 itu beliau segera menafikannya? Apakah beliau sudah tidak percaya lagi kredibiliti sumber luar yang selalu beliau gunakan untuk kepentingan beliau.
Pada saya Anwar adalah sejarah; sejarah yang harus diambil iktibar supaya setiap rakyat Malaysia berfikir secara lebih rasional dan tidak membuat sebarang keputusan berdasarkan gimik dan rasa hati pihak yang terlalu menghajati sesuatu tanpa menyedari kelemahan diri sendiri yang tidak mahu langsung diperbaiki.
Sememangnya Anwar adalah anugerah Tuhan; satu anugerah di mana kita wajib mengambil iktibar daripadanya.
1 comment:
Kisah Anwar yangg disiarkan di Wikileaks berkenaan kes liwat beliau mendapat perhatian di seluruh media massa pro kerajaan. Tapi bagaimana pula dengan laporan Wikileaks berkenaan penglibatan PM dalam kes pembunuhan Altantuya. Mahkamah Malaysia telah memutuskan PM tidak terlibat. Mengapa Kerajaan Malaysia tidak mengambil tindakan terhadap Wikileaks kerana mencabar keputusan Mahkamah Malaysia.
Post a Comment