Thursday, November 18, 2010

Parti Negara, Semangat 46, PKR

PKR akhirnya terpaksa menerima bahawa bukan senang untuk mentadbir sebuah parti yang kian membesar dan didakwa mempunyai lebih 700,000 ahli. PKR terpaksa menerima hakikat bahawa bukan senang duduk di kerusi empok dan memerintah. PKR terpaksa menerima hakikat bahawa demokrasi yang dilaung-laungkan pasti melalui jalan yang sukar dan perlu diberikan kawalan. PKR terpaksa akur bahawa menegakkan keadilan adalah sesuatu yang tidak senang dicapai lebih-lebih lagi dalam sebuah masyarakat majmuk di Malaysia ini.
Kita tidak hairan akan Zaid keluar dari parti itu sebab bekas Menteri itu pun sudah hilang prinsip perjuangan politiknya; kalau dia menetap dan berpolitik di Afrika mungkin sesuai.
Apabila sesebuah pertubuhan sudah mulai membesar dan mendapat sambutan, perkara-perkara seperti ini tidak dapat dielakan lebih-lebih lagi bagi sebuah parti politik yang belum matang dan dianggotai kebanyakannya oleh golongan desperados dan kecewa. Golongan gangster dan penyangak politik, golongan yang tidak mendapat tempat dalam mana-mana parti politik.
Pasti kemunculan PKR dalam persada politik Malaysia telah membuka mata rakyat Malaysia akan betapa pentingnya mempunyai satu alternatif selain dari parti kerajaan yang memerintah dan hakikat ini terbukti bila Anwar berjaya memperkudakan DAP dan PAS untuk bersatu dan menentang BN secara kolektif dan berjaya menguasai beberapa negeri dan menafikan majoriti 2/3 parlimen Malaysia.
Tetapi apabila gagasan ini menerima sambutan yang begitu hangat dalam PRU12, PKR mula goyah kerana terlalu ramai ahlinya yang mahu bersama-sama menyumbang dan memimpin parti itu. PKR sudah menguasai negeri yang terkaya di Malaysia dan sudah tentulah ramai yang mahu menjadi petualang dan merebut apa jua peluang-peluang projek dan perniagaan yang dapat digarap dari kekuasaan ini.
Tetapi kepimpinan tertinggi seolah-olah berkata, "demokrasi mutlak masih belum dapat dilaksanakan sebab misi menawan Putrajaya belum termakbul, kita perlu lagi masa dan buat sementara ini biarlah kita bernaung di bawah kaedah demokrasi terpimpin"
Penubuhan parti baru bukanlah sesuatu yang mudah kerana fakta sejarah telah membuktikan bahawa parti baru tidak boleh wujud lama. Kita tahu bahawa pengasas UMNO sendiri Dato' Onn Jaafar telah menubuhkan Parti Negara sebagai sebuah parti non racial seperti PKR tetapi terkubur tidak berapa lama selepas penubuhannya. Semangat 46 juga terkubur selepas PRU 1995.
Kini kita bakal menyaksikan satu lagi parti yang dikatakan non racial bakal menemui dan menjejaki jalan-jalan kecundang yang telah dirintis oleh Parti Negara dan Semangat 46

No comments: