Tuesday, August 19, 2008

MAHA SEKADAR PASAR TANI EKSKLUSIF


Sekali pandang, tapak MAHA 2008 kali ini seumpama menjanjikan sesuatu yang lain dari kaca mata sesetengah pengunjung yang inginkan maklumat. Tapak yang seluas saujana mata memandang itu seolah-olah memberikan satu nafas yang baru kepada industri pertanian negara.

Pamiran ini telah berjaya menarik ratusan ribu pengunjung dan ini menunjukkan minat rakyat tempatan terhadap sektor ini yang mana telah dikenalpasti sebagai pemacu ekonomi negara yang ketiga pentingnya.

Tetapi malang sekali bagi pengunjung yang serius untuk mengambil tahu tentang mana-mana bidang industri pertanian agak kecewa kerana di gerai-gerai terutama gerai-gerai agensi kerajaan tidak banyak yang boleh diharapkan dari segi penyebaran maklumat.

Kakitangan yang bertugas di kaunter-kaunter gerai tersebut sebagai penjaga dan tidak mempunyai maklumat yang jelas mengenai apa yang dipersembahkannya. Alasannya ialah pegawai berkenaan tiada.

Gerai-gerai tersebut juga ada menjual makalah-makalah dan buku-buku mengenai bidang yang spesifik tetapi kebanyakannya kehabisan dan bekalan tidak ditambahkan bekalan buku-buku tersebut.

Memang agak mengecewakan jika MAHA 2008 yang diadakan dengan pembukaan dan promosi yang hebat tetapi bagi pengunjung-pengunjung ianya sebagai sebuah pasar tani dan pasar malam mega sahaja. Apa yang penting ialah peniaga menjual barangan mereka sedangkan ilmu yang patutnya disebarkan melalui pamiran ini tidak dititikberatkan.

3 comments:

Anonymous said...

It's rather disapointing when our local so-called entrepreneurs are not well-versed about their own products. U just can't expect their helper to know any better, can you?

Anonymous said...

It's not the private sectors booth but it's the government's booth that assigned knowledgeless personel to man it. They know nothing except excuses that the officers are not around.

Anonymous said...

biasalah kerajaan yang buat. Kalu privatise kat orang cina macam-macam dia bikin. Mungkin seluruh tapak maha tu boleh jadi dia punya.