Thoughts on political, religious, social, international, consumer or other issues deemed necessary.
Tuesday, November 1, 2011
AUKU: APA KERJA KHALED SEKARANG?
Setelah 40 tahun barulah komuniti undang-undang terperasan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti sebenarnya bercanggah dengan perlembangaan persekutuan. Setelah 40 tahun barulah kita dikejutkan bahawa selama ini para pelajar universiti telah terkongkong dengan akta yang menakutkan mereka ini.
Apakah benar bahawa akta ini menakutkan mereka? Akta ini telah berkuatkuasa setelah beberapa pelajar radikal yang diketuai oleh Saudara Anwar Ibrahim menggerakkan beberapa siri demonstrasi mengecam kerajaan dari isu-isu politik sehingga isu orang mati tak makan di Baling.
Anwar Ibrahimlah orangnya yang telah membuat kerajaan mengenakan akta-akta bagi menyekat kebebasan pelajar untuk berhaluan kiri dan bersikap anti-establishment.
Namun dengan berkuatkuasanya akta ini juga, ramai pemimpin yang hebat yang lahir tidak kira jika mereka menyokong kerajaan atau membangkang tak sudah-sudah.
Ada hikmahnya perkara ini disedari dan pihak Kementerian Khaled Nordin sepatutnya boleh menarik nafas lega kerana para pelajar tidak perlu lagi berselindung dan bersuara siapa mereka sokong. Ini memudahkan kerja Khaled daripada meneka siapa yang kiri dan siapa yang kanan.
Selama ini di kalangan komuniti pelajar yang kanan atau menyokong kerajaan digelar kumpulan Aspirasi dan yang menentang dipanggil ProM atau pro mahasiswa.
Harap-harap dengan penelitian semula AUKU ini Khaled bolehlah menggerakkan jentera parti dengan lebih tersusun lagi untuk membetulkan pemikiran songsang pelajar yang menyokong parti pembangkang yang memang sudah menyeleweng.
Tetapi mampukah Khaled berjuang dengan berkunjung ke universiti dan berdepan dengan pelajar berhaluan kiri ini? Braveiron tak dengar lagi cerita Khaled ke universiti berdebat dan berhujah dengan pemimpin pembangkang di depan pelajar yang radikal ini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment