Wednesday, November 9, 2011

Kurangkan Penjawat Awam: Kenapa Sinis?


DAP sekali lagi mengeluarkan satu kenyataan yang mengejut dengan mahu mengurangkan kakitangan awam apabila parti itu berkuasa. Penjawat awam lebih-lebih lagi boss CUEPACS tentunya melenting dengan kenyataan yang menjentik anak-anak buahnya itu.
Namun begitu kita juga harus bertanya kenapa DAP begitu berani berkata perkara yang tidak popular? Mereka tahu bahawa kenyataan itu akan mengundang padah lebih-lebih lagi rakan-rakan 'berkutu' mereka PKR dan PAS.
PAS sendiri telah menganggap bahawa kenyataan itu adalah pandangan peribadi Tony Phua dan bukannya PR. Takut sungguh PAS, entah mengapa? Mungkin kerana undi Melayu banyak dalam sektor awam yang PAS, PKR perlukan tentulah dia cepat-cepat membetulkan kenyataan Tony tu.
DAP sudah tentu tidak hairan kerana pengundi mereka adalah dari kalangan masyarakat Cina yang rata-rata bukan penjawat awam.
Tetapi apa jua tanggapan kita terhadap kenyataan busuk itu, ia tetap punya justifikasi. Kuncinya adalah kecekapan atau effisiensi pejabat kerajaan.
Sebagai contoh hari Jumaat. Kita semua maklum bahawa pejabat kerajaan akan tutup dari pukul 12:15-2:45 tanpa mengambil kira waktu solat Jumaat. Tetapi kita terlalu biasa kalau sebut 12:15 bermakna pukul 12 pejabat sudah sunyi dengan kakitangan lelaki akan ke masjid atau makan tengahari dulu. 'Pekena Briyani Istimewa Hari Jumaat' Yang perempuan sibuk pergi shopping. Sekarang waktu Zohor adalah dikira awal tetapi tetap waktu masuk pejabat pukul 2:45. Pukul 2:45 kakitangan perempuan biasanya akan balik dan pada waktu itu jugalah mereka kebanyakannya akan solat Zohor; ya, pada waktu pejabat. Sedang-sedang kaji, sebenarnya waktu Zohor mereka setiap hari adalah pukul 2:00 pada hari biasa.
Masa mesyuarat. Bila mesyuarat selalunya ada hidangan kuih muih atau kalau nasib baik ada hidangan nasi lemak kalau pagi terhidang di atas meja mesyuarat. Kalau mesyuarat pukul 10:00, Pengerusi akan sampai pukul 10:30. Biasalah waktu Melayu...
Masuklah pengerusi dan perkara yang pertama ialah akan menjemput semua ahli mesyuarat makan sehingga pukul 11:00 baru mula mesyuarat. Ahli mesyuarat kalau ramai maka tidak semua dapat menyuarakan pendapat mereka sebab pengerusi ada hal lain pada pukul 12 tengahari. Begitulah lumrah jentera kerajaan. Kalau ditegur, blacklist. Kalau ditegur.....blacklist.
Datuk Seri Hisham semasa menjadi Menteri Pelajaran terkejut ketika mendapat tahu bahawa jumlag kakitangan Kementerian Pelajaran China adalah sama bilangannya dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. China mempunyai 1 billion penduduk.
Jadi janganlah pandang ringan kenyataan Tony Phua itu. Sungguhpun saya amat jijik dengan DAP yang chauvinis tetapi yang wajar patut kita timbang, setidak-tidaknya ambil iktibar.

2 comments:

sesejuk mata memandang said...

Saya amat bersetuju dengan kenyataan oleh tempeyekmelaka kerana apa yang dikatakan tidak termasuk sebahagian kecil yang keluar masuk pejabat seperti rumah sendiri, ambil anak kat sekolah tadika, ambil anak di sekolah, pergi bank atas urusan peribadai, banyak lagi laaa.

Dah tak larat nak tulis...

Anonymous said...

yang kerap ambil cuti sakit tu apa cite.. tak ada kesan.. yg rajin tak naik pangkat yg kaki kai ambil mc dapat naik pangkat.. pelik itu yg berlaku