Thursday, November 24, 2011

Hati Lembu, Tahi Lembu



Hasrat tinggi negara untuk tidak bergantung bekalan daging lembunya pada negara luar telah diletakkan ke bahu Perbadanan Fidlot Nasional, NFC.
Pembiayaannya bukanlah sedikit dan tempoh matangnya bukanlah sehari dua, malah 30 tahun dan boleh ditambah lagi 30 tahun mendatang.
Pembiayaan sebanyak 250juta itu dengan kadar faedah yang paling minima telah dijangka membolehkan rakyat negara ini menarik nafas lega kerana mereka bakal dapat menikmati bekalan daging yang lebih segar, lebih baik dan yang paling penting lebih murah.
Tetapi belum suku jalan macam-macam perkara yang kita jumpa setelah didedahkan oleh Ketua Audit Negara baru-baru ini.
Gejala salah guna dana, kronisma, tata cara pengeluaran wang kerajaan dan perbelanjaan yang kita tidak boleh terima.
1. Wang yang diperuntukan untuk sesuatu tujuan digunakan untuk sesuatu tujuan lain jelas bercanggah dengan prinsip amanah dan amat tidak wajar wang tersebut dilaburkan ke dalam bidang yang tidak ada kena-mengena kecuali jika wang itu bapa Datuk Seri yang punya.
2. Tiga orang adik beradik diambil bekerja entah atas dasar apa seolah-olah tiada langsung dari kalangan 10 juta warga Malaysia yang boleh bekerja tidak layak untuk diserap.
3. Kerajaan melalui Kementerian Kewangan amat mudah mengeluarkan tanpa meneliti keperluan semasa sehingga NFC tidak tahu kemana wang harus diletakkan dahulu dan melabur ke bidang hartanah.
4. Sejumlah wang yang terlalu banyak dibelanjakan untuk perjalanan ke luar negara atas alasan kita tidak mempunyai pakar. Sia-sia sahaja kita mempunyai Universiti Putra Malaysia yang cenderung kepada bidang pertanian dan sia-sia sahaja kita mempunyai Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang mempunyai tenaga pakar yang banyak pengalaman.
Sudahlah; semakin banyak kita tahu mengenai NFC ini semakin meluat rakyat dan kerajaan UMNO BN tidak mempunyai cara lain tetapi menghukum terus mereka yang bersalah dan melucutkan jawatan isteri Datuk Seri itu kerana beliau juga mempunyai pengaruh dalam gejala ini.
Ingatkan kita nak makan hati lembu murah tetapi apa yang bakal pembayar-pembayar cukai terima adalah pongkesan-pongkesan TAHI LEMBU dari penjarah-penjarah yang tidak berhati perut ini.

2 comments:

matrengganu said...

Wang bantuan RM100 setiap murid adalah untuk di belanjakan untuk ke sekolah, beli kasut ke..beli pencil ke.. bukan untuk ayah buat pelaburan beli nombor ekor. Memang la betul kalau nombor naik dapat untung berlipat kali ganda. Soft loan adalah untuk keperluan pengeluaran lembu2..buat pagar ke..tanam rumput ke..buat kilang proses tahi lembu ke..bukan untuk beli kondo ! Kalau nak buat kondo, jadilah pemaju hartanah dulu..

Anonymous said...

Setuju sangat