Monday, October 31, 2011

Rafidah Pengerusi Syarikat Penerbangan Lanun?




Sudahkah Air Asia Bhd dan Air Asia X Sdn Bhd memulangkan jutaan ringgit wang cukai lapangan terbang yang dikutip dari mereka yang tidak menaiki pesawat sejak 1 Mei 2002dahulu?
Setakat 31 Ogos 2011 jumlah kutipan wang cukai lapangan terbang yang seharusnya dipulangkan Air Asia Bhd adalah RM6.4 juta manakala Air Asia X Sdn Bhd, di mana Rafidah Aziz menjadi Pengerusinya masih menyimpan sebanyak RM498,000 wang rakyat.
Memanglah menjadi polisi kedua-dua syarikat tambang murah ini untuk mengembalikan wang tersebut kepada penumpang yang gagal hadir untuk menaiki pesawat tetapi dengan kadar tinggi caj perkhidmatannya membuat pengguna merasa tidak berbaloi untuk menuntutnya kembali.
Kalau dulu lanun terkenal menguasai lautan kini lanun menguasai ruang udara dengan cara yang amat licik sekali.
Suka diingat bahawa kedua-dua syarikat penerbangan lanun ini mengutip wang tersebut bagi pihak MAHB dan adakah MAHB mengenakan sebarang cukai perkhidmatan bagi mereka menyimpan wang tersebut?
Sudahlah mereka terus menyimpan wang tambang tetapi wang cukai yang seharusnya dikembalikan juga terus disimpan dan dikenakan bayaran upah simpan yang tinggi.
Sebagai sebuah syarikat tersenarai awam sepatutnya kerajaan menggantung penyenaraian syarikat ini dan keluarkannya dari senarai syarikat yang patuh syariah.
Sepatutnya wang tersebut dipulangkan kepada MAHB untuk dipulangkan kepada pengguna dan jika pengguna memilih untuk tidak mengambilnya maka wang tersebut mestilah disalurkan ke akaun wang tidak dituntut.
Kesian Kak Rafidah jadi pengerusi syarikat penerbangan lanun?

No comments: