Thoughts on political, religious, social, international, consumer or other issues deemed necessary.
Friday, October 21, 2011
Jembalang Yang Ghairah Membangkrapkan Rakyat
Suradi bin Daruis telah menjadi penjamin kepada isterinya (Rosnah) yang membeli kereta dan kereta dibayar dengan baik selama 2 tahun. Malangnya kemalangan berlaku dan si suami patah kaki dan tak dapat bekerja selama setahun. Desakan hidup dan masalah yang tidak diduga telah menyebabkan mereka gagal membayar ansuran bulanan. Kereta telah disambung bayar oleh seorang saudara yang kemudiannya menghilangkan diri. Kereta kemudian ditarik setahun selepas itu. Dengan berbagai caj dikenakan tuntutan telah dibuat oleh syarikat kewangan dan suami isteri diisytihar muflis (dalam lingkungan RM 30,000).
Oleh kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan RM 100 sebulan, tindakan menghina mahkmah telah diambil oleh pihak OA untuk mensabitkan pasangan suami isteri ini ke penjara. Diberitakan walaupun di atas desakan Pengarah Pendakwa Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), Norina Zainol ( yang amat angkuh dan tidak berhati perut yang diberitakan adalah anak saudara kepada seorang bekas Hakim Negara) untuk memenjarakan pasangan ini, Pendaftar Kanan hanya mensabitkan suaminya sahaja. ( diceritakan juga, biasanya kertas penghukuman setiap kes telah disiapkan oleh JIM, pendaftar kanan hanya tandatangan sahaja).
Mereka terpaksa menjual motosikal yang digunakan untuk mencari kehidupan untuk membayar tunggakan tetapi masih kurang RM 150.00. Walaupun yang kurang hanya RM 150, Suradi dihantar juga ke penjara. Saudara mara telah mencari peguam untuk merayu tetapi rayuan ditolak di atas sebab teknikal. Kini, Pendakwa (Norina) meminta mahkamah untuk menambah hukuman ke 6 bulan. Keghairahan ini tidak terfikir kepada kita manusia biasa. Manusia jenis apa ini? Ujian Allah mengingatkan NORINA dengan penyakit belakang dan bercuti selama 2 bulan tidak membawa sebarang kesedaran kepada perempuan ini.
Sekarang ini, si isteri tidak bekerja dan terpaksa menyara 3 orang anak yang sedang mengambil SPM, PMR dan UPSR. Bayangkanlah jika ini terjadi kepada kita?
Mari kita renung keadaan ini. Adakah ini patut dan berperikemanusiaan? Patutkah si isteri sekarang pergi mencuri untuk membayar baki RM 150 untuk dibayar kepada JIM. Jika hukuman bagi 6 bulan diperolehi untuk terus menghukum si bankrap, maka si isteri terpaksa membayar dengan mencuri atau merompak untuk ansuran selama 6 bulan akan datang atau menjual salah seorang daripada anak-anak bagi mengelakkan tindakan sinis JIM ini ataupun perlukah si suami apabila keluar penjara pergi merompak untuk membayar ansuran bulanan sedangkan makanan di rumah pun tiada untuk diberi kepada anak-anak? Nampak gayanya Ah Long yang dulunya seperti iblis akan jadi lebih baik daripada JIM sekarang ini. Tak perlulah usaha penjenamaan semula JIM kepada MDI (Malaysia Department of Insolvensi….bahasanya Inggeris la pulak, Koperatnya! Memang dasar kumpulan manusia zalim yang lupakan diri).
Apapun yang paling jelas adalah kegagalan Jabatan Insolvensi Malaysia dalam tanggungjawab mereka membantu para muflis pulang ke pangkuan masyarakat tapi berjaya menzalimi mereka dengan menghantar mereka yang papa dan tak mampu/gagal membayar ke penjara. Diberitakan, Norina begitu teruja apabila berjaya dalam kes-kes memenjarakan orang-orang miskin dan muflis ini. Diberitakan juga ada pegawai JIM yang ditugaskan untuk mensabitkan para muflis ini menangis melihat hukuman yang dijatuhkan sementara pengarahnya bersorak keseronokan. Apa punya manusia…..
Nota penting:
a. Untuk kita terus renung bersama: kalau tak silap mengikut akta bankrupsi, muka surat 150, rules 163, orang yang telah membayar hutang tidak boleh dipenjarakan!!!!!!!!!!!!!
b. Dengarnya si Norina sekarang sedang berusaha untuk mensabitkan isteri pula. Kita fikir-fikirkanlah cerita ini…….
Beberapa persoalan untuk kita tanya:-
1. Apa tugas sebenar Jabatan Insolvensi ? Kalau Jabatan Penjara berusaha untuk memberi peluang kedua kepada banduan dengan menganjurkan berbagai program kemahiran, nampaknya JIM lebih gemar mencari jalan untuk memenjarakan mereka yang telahpun papa kedana dan menghancurkan kehidupan mereka yang malang.
2. Adakah patut mereka yang papa ( namapun muflis) tidak mampu membayar didera dengan menghantar ke penjara. Selepas ini akan ada para muflis yang akan merompak untuk membayar bayaran bulanan ke Jabatan Insolvensi. Agaknya itulah jenis masyarakat yang kita hendakkan!
3. Lebih dahsyat lagi ada kes setelah mendapat muflis yang dijatuhkan hukuman merayu ke mahkamah dimohon ditambah hukuman daripada 1 bulan ke 6 bulan.
4. Kenapakah JIM mengambilkan masa bertahun-tahun untuk menyelesaikan masalah harta (duit lebihan jualan harta) sehinggakan kelebihan harta bankrap tidak dikembalikan sehingga bertahun-tahun?
5. Apakah dia KPI (key performance index) JIM dalam membantu bankrup pulang ke pangkuan masyarakat?
6. Apakah nasib ratusan ribu bankrup yang ada sekarang? Semua hendak dihantar ke penjara ( termasuklah ribuan para siswazah yang ‘gagal’ dalam program anjuran SME, PUNB, PNS dll serta ribuan pegawai kerajaan yang setiap tahun dibankrapkan)?
7. Apakah program-program berkesan yang dianjurkan oleh JIM untuk membantu para bankrap kembali kepada masyarakat selain daripada agenda utama menghantar orang papa yang gagal membayar ke PENJARA?
8. Di zaman penjenayah dibebaskan dengan pemansuhan akta RR, kegagalan seorang kerana kewangan dipenjarakan dan dengan “cerianya’’ ingin ditambah lagi oleh jabatan yang ditugaskan untuk memulihkan mereka.
9. Tidakkah ini zalim bagi kerajaan untuk menidakkan hak asasi manusia yang lemah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Tulisan yang baik. Elok disebarkan supaya rakyat tahu menilai fungsi jabatan ni. PPIM punya Setiausaha Agung nak berdepan, tak tahu dia ni nak jumpa ke tidak. Elok nanti ko update pasal isu ni, penting bagi rakyat tahu.
aku bukan la nak belah saper2 tapi kalo nak kata yang MdI tak buat per2 cuma suka nak penjarakan orang jer itu tuduhan yang melampau la. untuk pengetahuan pegawai2 MdI seluruh negeri kesana-kemari masuk pendalaman cari orang2 bangkrap beri bantuan dan nasihat yang perlu untuk menolong sampai cam tu sekali. sepatutnya kalau ada masalah datang la ke pejabat MdI dan berbincang bukannya duk diam jer. MdI pun tak der terus2 hadapkan jer ke mahkamah ada step2 yang diambil dulu. bila dah bawak mahkamah baru gelabah salah orang tu salah orang ni sendiri salah tak tau.
Post a Comment