Thoughts on political, religious, social, international, consumer or other issues deemed necessary.
Thursday, October 27, 2011
Anjing Kurap dan Jabatan Bangkrap
Heboh cerita soal lebih 100,000 ahlul muflis yang bakal dipenjarakan oleh Jabatan Insolvensi. Nampaknya dalam hal ini Jabatan kerajaan ini menjadi 'center of attraction' yang kononnya menjalankan kerjanya mengikut buku dan ghairah sekali ingin mencapai matlamat KPInya. NKRAnya ialah menyelesaikan seberapa kes-kes bangkrap tidak kira apa implikasinya terhadap institusi keluarga, psikologi, tanggapan masyarakat atau pembaziran tenaga kerja yang masih boleh menyumbang terhadap pembangunan negara.
Nampak jelas sekali jembalang yang menjadi hamba rakyat kini langsung tidak mempedulikan nilai-nilai kemanusiaan dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai hal-ehwal bangkrap.
Berhutang dalam Islam adalah harus jika terdapat keperluan-keperluan yang penting dan mendesak. Masyarakat kita pada hari ini amat berbeza dari masyarakat 4 dekad yang lalu. Kalau dulu hutang menjadi satu gejala yang amat dijauhi kerana implikasinya terhadap seseorang Muslim itu sungguh dahsyat jika tidak diselesaikan sebelum mati.
Kita alih pandangan kita pula kepada kelompok penagih dadah. Ya memang jenayah dadah memang serius dan mereka yang mengedar dadah boleh dihukum mati. Tetapi penagih dadah mula mengambil dan dan terjebak atas pilihan sendiri, berbanding dengan penghutang yang berhutang adakalanya untuk hidup dan bukan memusnahkan jasad mereka.
Tetapi kita lihat kerajaan yang begitu prihatin terhadap mereka sehingga mereka disediakan pusat rehabilitasi PUSPEN yang menelan belanja jutaan ringgit wang pembayar cukai. Kerajaan berharap agar pusat-pusat ini berjaya membawa penagih ke pangkuan masyarakat serta menyumbang dan tidak berbalik ke tabiat buruk itu.
Bagi yang bangkrap pula Akta telah meletakkan mereka ke tahap yang begitu rendah.
Mereka tidak boleh mempunyai akaun kecuali dengan Jabatan sahaja, dinafikan pekerjaan oleh kerana undang-undang dan peraturan majikan termasuk kerajaan Malaysia, tidak boleh mengangkat sumpah, tidak boleh terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan apatah lagi memegang jawatan, tidak boleh berniaga secara sah dan setiap pendapatan mereka jika ada sisa-sisanya ditentukan pembahagiannya oleh kerajaan di bawah Jabatan Insolvensi.
Apakah mereka ini layak dijadikan kucing kurap oleh para pegawai bangkrap atas nama undang-undang tanpa memikirkan kaedah bagaimana mereka ini boleh dikembalikan ke dalam masyarakat dan menyumbang seperti orang lain? Kalau simuflis diperlakukan sebegini oleh pemuflis, apakah mereka lebih hina dari anjing kurap?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sangat setuju dengan pandangan saudara.Rakyat perlu dilindungi dari sebarang penganiayaan khususnya oleh pihak yang diangggap berkuasa berdasarkan undang-undang lapuk yang tidak bermoral.
Undang2 yang telah dibentuk oleh British yang masih digunapakai dan menghina sibangkrap sehingga lebih hina dari penagih dadah.
Post a Comment