Monday, September 5, 2011

Neraka Kelapan PAS


Ada banyak pendapat yang mengatakan bahawa politik adalah seni untuk menyakinkan manusia. Pendapat ini paling popular kerana ia paling banyak diamalkan dalam politik sekarang.
Permainan pelbagai jenis propoganda oleh setiap pihak yang bertelagah untuk kekal berkuasa dan untuk berkuasa.
dalam banyak-banyak kaedah, kaedah yang paling kotor dalam sejarah politik dunia adalah menggunakan agama untuk berkuasa. Janji-janji syurga, ganjaran akhirat yang ditabur tanpa mengira batas agama yang cukup melarang kita dari menjual agama untuk kepentingan dunia.
PAS telah melakukan ini semua sehingga mereka sendiri terperangkap apabila terlalumengidamkan kuasa sampai ke tahap menggadai semua perjuangan asal untuk menegakkan hukum Islam di bumi bertuah ini.
PAS kini sedang menuju ke kancah politik dengan terbawa-bawa kaedah yang dibawa oleh rakan-rakan mereka, DAP dan PKR. Taktik Anwar dalam mempersoal dan memperlekehkan kuasa pihak berkuasa termasuk polis, hospital, kehakiman dan juga institusi raja-raja.
Terbaru Mat Sabu pula berjinak-jinak untuk mempersoalkan kesahihan catatan sejarah dengan menegaskan bahawa polis yang terbunuh di Bukit Kepong pada tahun 1950 itu adalah tali barut British dan komunis yang menyerang yang didalangi oleh Mat Indera itulah hero yang patut didendangkan selayak dengan Tok Janggut, Mat Kilau dan lain-lain.
Beliau tidak peduli dengan apa yang akan berlaku jika sejarah itu ditulis semula dengan fakta yang kononnya sahih yang beliau miliki sehingga tidak ingat akan tajuk buku yang dibacanya, sampai hari ini.
Atas semangat setiakawan maka sibuklah rakan-rakan dalam PAS sendiri terpaksa menyelongkar mencari fakta untuk menyokong kenyataan busuk Mat Sabu itu. Mereka tidak boleh mengharapkan DAP dan PKR menyokong mereka sebab awal-awal lagi Karpal telah menempelak dengan menyatakan bahawa polis yang mempertahankan balai polis itulah wira yang sebenar.
PAS kini kelam kabut tetapi yang menghairankan ketika sejumlah besar rakyat Malaysia boleh menerima sejarah kemerdekaan seadanya, banyak penyokong PAS tetap hendak membetulkan Mat Sabu yang tidak berapa betul. PKR mungkin tidak akan dapat menyokongnya kerana beliau pernah menggelar Ketua Umum parti itu Al Juburi.
Tetapi itu semua tidak penting bagi PAS kerana mereka yakin mempunyai penyokong yang begitu taksub sehingga jika Hadi Awang menyatakan ada neraka yang kelapan yang ber'aircon', khas untuk penyokong kafir PAS dan ahli PAS yang tak dapat masuk syurga pun mereka akan percaya.

No comments: