Thursday, January 10, 2013

BUKAN PARTI BIASA


Tiada niat untuk membisa
Tiada hasrat untuk membinasa
Hamba hanya insan biasa
Susuk jasad tidak sasa
Umur tinggal sisa-sisa

Merata pelusukku mengembara
Melihat, merasa, menziarah melara
Manusia itu memang setara
Di mana saja mereka berbicara
Secara senyap, fe’li atau bersuara

Ku paling kembali ke bangsa ku kini
Apalah malang mereka ini,
Gemanya sumbang langkahnya berani
Menjaja akhlak, agama, hati nurani
Ikut rentak musuh di sini

Parti dikata parti yang syar’ie
Khabarnya wajib diberikan undi
Ganjaran syurga sering dijanji
Yang tuli mudah dipengaruhi
Yang jahil pula mudah mengikuti

Hai parti yang wujud kerana kecewa,
Berdekad hidup tapi tak bernyawa,
Junjung Islam tapi tak terbawa,
Akhirnya sikafir yang bersendawa,
Bakal kekenyangan bagai si sawa

Adohai parti berlambang purnama,
Jangan ‘Allah’ dikongsi bersama,
Dengan sikafir musuh selama,
Quran dah sebut sudah lama,
Mereka tak redha kita pun sama

No comments: