Tuesday, August 18, 2009

Kenapa Tak Cakap Kafir DAP Pasti Masuk Neraka?

Tok Guru Sasau cerita lagi fasal syurga. Kali ni kila ghoyak, orang UMNO tak masuk syurga kerana mengamalkan Islam sesat Palestin. Yang mana satu? Dulu kata Islam Hadhari sesat, sekarang imam Islam Hadhari dah turun takhta, timbul pulak Islam Palestin yang UMNO amalkan. Cubalah Tok Guru Sasau ini menjelaskannya secara akademik sikit.
Sejauh mana Tok Guru Sasau yakin bahawa sebenarnya PAS itu Hizbullah yang menjamin orang masuk syurga?
Sejak bila pula ada nas yang mengatakan Malaikat Ridhuan yang menjaga syurga digantikan oleh Tok Guru. Tok Guru seolah-olah menjadi penjaga syurga macam penjaga tiket wayang. Tak ada tiket tak boleh masuk kecuali tiket PAS.
Kenapa Tok Guru tak berani bercakap terus terang bahawa semua orang DAP sudah pasti masuk neraka? Kenapa tak kata semua orang PKR dihumban sama? Memang Tok Guru Sasau takut kerana dia bersekongkol dengan orang yang pasti masuk neraka.
Sedangkan Nabi pun sangat berhati-hati menjatuhkan hukuman, siapa pula Nik Aziz?
Sudahlah tu Tok Guru Sasau, kalau pun awak bijak nak hukum siapa masuk neraka siapa masuk syurga, bimbinglah supaya semua boleh masuk syurga seperti ajaran Nabi, tapi bukanlah sampai masuk PAS!

Monday, August 10, 2009

UMNO Harapan Terakhir Umat Islam?

Apakah petunjuk yang diberikan Allah kepada Pok Nik untuk mengkaji semula perjanjian batil dengan pakatan setan. Semua telah dipertontonkan tetapi beliau masih memandang sebelah mata dan tidak mahu memberikan komen yang diharapkan dari seorang yang diberikan jawatan Mursyidul Am.
Allah telah menyenangkan kerja beliau dan beliau hanya perlu membuat keputusan samada mahu terus di dalam pakatan ini berdasarkan petanda-petanda yang bayyin.
Sahlah sudah DAP memang menentang Islam dan suara-suara yang dijulang untuk kepentingan Islam terus diketis begitu sahaja malah penghinaan demi penghinaan dilontarkan yang melihatkan betapa lemahnya umat Islam di Tanah Melayu Jawi ini.
Jika soal arak sahaja boleh diabaikan begitu sahaja, apa lagi dengan hasrat besar PAS untuk menegakkan hukum hudud.
Samada PAS tidak dihiraukan atau memang PAS ini rela sekali tidak dihiraukan demi membela perut dan jawatan masing-masing. Tetapi kesan yang terbesar bagi rakyat negara ini adalah umat Islam bukanlah umat yang boleh mendominasi negara ini di kala parti yang konon membela Islam sudah menjadi sebuah parti picisan.
Musnah sudah harapan sejumlah besar umat Islam yang telah memberikan sokongan kepada parti ini untuk melihat Islam benar-benar terbela. Cuma kita ingin melihat apakah umat Islam masih mahu meletakkan harapan untuk menegakkan Islam menerusi UMNO.

Wednesday, August 5, 2009

Nggak Cocok Terus!!

Seorang perawan Indonesia telah ditanya oleh seorang lelaki peramah.
"Neng,kamu udah menikah?" tanya lelaki itu dengan penuh harapan. "Nggak lagi" jawab perawan itu.
"Mengapa?" tanya si lelaki itu. "Ohh, belum ada yang cocok", jawab perawan itu.
Sebulan lagi takdir Allah bertemu lagi mereka berdua dan soalan yang sama ditanya oleh lelaki tersebut tapi jawab perawan itu, "ohh udah nikah pak, kerna sudah ada yang cocok" Kini dia sudah bekas perawan.
Dua bulan kemudian nasib telah menentukan mereka ketemu lagi dan lelaki itu bertanya khabar seperti sebelum ini, tetapi perempuan tersebut menjawab dengan wajah yang sayu, "Saya udah bercerai pak" "Ngapain?" tanya lelaki itu.
"Kurang cocok pak!"
Kalau dalam cerita penglipurlara ini sekurang-kurang ada cocoknya, tetapi dalam realiti Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan Keadilan, memang dari dulu tak pernah COCOK!!

Tuesday, August 4, 2009

Pejuang-pejuang Bahasa Yang Sombong!

Kementerian Pelajaran telah mengadakan satu sesi perbincangan dan maklum balas mengenai tindakan kerajaan menghapuskan semula PPSMI dan nyata dari angka-angka yang dikemukakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom SKlah yang paling merugi dan terus menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan.
Sesi tersebut yang telah dianjurkan oleh Bahagian Kurikulum Kementerian Pelajaran telah dihadiri oleh lebih 60 cendikiawan dan pakar pendidik dan bahasa dari seluruh Malaysia dan luar negara.
Perbincangan tersebut telah di bahagikan kepada dua kelompok, iaitu kelompok yang yang membincangkan kaedah dan tindakan memartabatkan Bahasa Melayu dan satu kelompok mencari kaedah memperkukuhkan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
Selama sehari suntuk mereka berbincang akhirnya kedua-dua kelompok membentangkan cadangan masing masing.
Kelompok memartabatkan bahasa Melayu telah diwakili oleh Professor Datuk Haji Abdullah manakala kelompok memperkukuhkan Bahasa Inggeris diwakili oleh Datuk Asmah Ali.
Nyata sekali cadangan yang dikemukakan olen oleh kelompok memartabatkan bahasa Melayu tidak teratur dan seolah-olah hilang fokusnya dan banyak berdasarkan sentimen dan tidak menjurus kepada penyelesaian yang konkrit akibat gagal untuk mencari sebab mengapa Bahasa Melayu gagal dimartabatkan. Banyak mengemukakan masalah daripada cara penyelesaian dan ahli-ahli mesyuarat tersebut menitik beratkan kepada peruntukan yang mesti diadakan untuk memberikan kemudahan yang serupa diberikan kepada pengajaran Bahasa Inggeris tanpa menyedari jumlah dan bentuk content yang ada dalam P&P Bahasa Melayu.
Wakil Kementerian Pelajaran Dr. Haili, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran harus dipuji dengan sikap terbuka dan melayan kehendak-kehendak kelompok ini yang rata-rata adalah penentang PPSMI. Tetapi malang apabila sesi perbincangan ini dibuka mereka semua mampu untuk mempertahankan martabat Bahasa Melayu berdasarkan sentimen semata-mata.
Berbeza dengan kelompok Bahasa Inggeris yang telah membentangkan cadangan mereka dengan lebih teratur dan fokus kepada isu-isu, perspektif dan cadangan-cadangan yang konkrit untuk memperkukuhkan P&P bahasa penjajah itu.
Mesyuarat tersebut jelas menampakkan akan keletihan pejuang-pejuang bangsa ini dalam memberikan cadangan yang bernas sebaliknya melepaskan tanggungjawab ini kepada 'political will' semata-mata. Pendek kata salah Najiblah. Inilah sikap orang Melayu tanpa mengira diperingkat mana mereka berada tetapi cenderung kepada menyalahkan orang lain.
Professor Abdullah dalam intronya telah menyatakan beliau akan berbahasa Melayu dan menempelak wakil luar negara dengan menyatakan, "if you don't understand what I'm saying, pretend that you do like students in our school"- satu kenyataan yang sombong dan kurang sopan dari seorang terpelajar.
Datuk Asmah Ali telah mengambil langkah yang bijak dengan membentangkan cadangan kelompok Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu dengan teks terpapar dalam Bahasa Inggeris supaya semua boleh faham. Ini satu tamparan kepada Professor Abdullah!
Bagaimanapun Braveiron memuji tindakan Kementerian Pelajaran yang telah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan akur kepada kehendak pemimpin, tetapi malang golongan yang dikatakan pejuang bangsa ini gagal memanfaatkan peluang ini semaksima mungkin.