Monday, August 29, 2011

Mat Sabu: "SAYA TAK INGAT TAJUK BUKU TERSEBUT"


BN-BADUT NEGARA
Semua bercerita tentang Mat Sabu sejak sebelum raya tahun ini. Nampaknya rating badut ini makin meningkat kerana merujuk kepada anggota polis yang terkorban di Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 adalah tali barut kerajaan British dan Mat Indera sebenarnyalah yang menjadi pejuang Melayu sejati.
Apa yang menarik Timbalan Presiden PAS ini mendakwa bahawa beliau membuat banyak rujukan dari internet dan buku-buku. Lebih menarik dan memeranjatkan lagi ialah pemimpin nombor dua PAS ini tak ingat tajuk buku rujukannya itu.
Memanglah sesuatu yang amat haprak bagi seorang pemimpin tinggi parti yang mendakwa membawa obor Islam ini tidak berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan yang bakal mengundang persoalan dan kekecewaan terutamanya dari golongan bekas perajurit yang bermati-matian menentang komunis.
Apakah Mat Sabu tidak terfikir akan kekecewaan keluarga anggota keselamatan yang gugur dibunuh gerombolan komunis dan dicap oleh badut ini sebagai tali barut British?
Timbalan Ketua Polis Negara juga menggesa Mat Sabu membuat kajian terperinci sebelum membuat kenyataan yang memutarbelitkan sejarah ini.

Sunday, August 28, 2011

Kalau Dah Biasa Menipu


Ahli Parlimen PAS Hulu Selangor, Dr Che Rosli Che Mat mendedahkan sendiri akan penipuan PKR, ahli Pakatan Rakyat, tentang loji nadir bumi Lynas atas sifat professionalisma.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Saleh telah menyebarkan fitnah dan fakta yang salah yang menyatakan bahawa loji itu mengancam keselamatan penduduk Kuantan. Berikutan pendedahan palsu itu banyak gerakan demonstrasi diadakan oleh parti-parti DAP, PAS dan PKR.
Satu lagi bukti jelas bahawa pembangkang sendiri penuh dengan fitnah, pembohongan, penyelewengan fakta dan melindungi kebenaran atas sebab-sebab politik.
Dr Che Rosli juga mendedahkan akan pimpinan PAS yang menegahnya menyatakan kebenaran.
Adakah Islam menegah kita berkata benar?
Satu tamparan hebat buat PAS dan tak tahulah apa nasib Dr Che Rosli selepas ini.

Wednesday, August 24, 2011

Tazkirah Liwat dari Ulama dan Ustaz PAS?


Adakah wajar butiran perbicaraan liwat DSAI dihebahkan? Liwat adalah satu perbuatan yang haram lagi terkutuk. Negeri Kaum Nabi Luth diterbalikkan akibat lelaki mendatangi lelaki dan perempuan mendatangi perempuan. Malah dalam hukum Islam tidak ada mandi junub khusus untuk membersihkan diri dari liwat seperti jimak. Cara menyucikan diri hanyalah dengan taubat nasuha.
Dalam mendidik masyarakat kearah akhlak yang baik wajarkah pemberitaan mengenai kes liwat DSAI ini kita pamirkan kepada umum? Apakah cukup sekadar orang awam mengetahui akan perbicaraan itu berlaku dan hanya keputusan perbicaraan itu sahaja yang dihebahkan.
Ini adalah kerana perkara yang amat jelik dalam agama dan juga budaya kita ini tidak harus dicungkil sehingga menjadi satu bahan percubaan di kalangan masyarakat yang yang jahil. Apa yang harus dilakukan ialah mendedahkan kepada masyarakat tentang bahaya perbuatan luar tabi'e dan hakikat bahawa binatang pun tidak sanggup melakukannya.
Kita harus memelihara akan apa jua maklumat yang datang dan menguruskannya dengan baik sehingga ia tidak menjadi teladan yang buruk di kalangan masyarakat.
Mahu tak mahu liwat kini menjadi satu perkara biasa sahaja sehingga berita mengenai seorang padri lelaki Malaysia yang hendak berkahwin dengan teman lelakinya seakan-akan tidak mencetuskan bangkangan yang kuat dari masyarakat Islam dan juga bukan Islam di negara ini. Tidak ada pula kedengaran pihak gereja di Malaysia yang membangkang dengan tegas.
Pihak berkuasa khususnya Kementerian Dalam Negeri harus mangadakan satu bentuk kawalan terhadap media dalam memberikan laporan terhadap kes Anwar-Saiful ini. Kita khuatir jika pendedahan ini dibuat secara meluas dengan perinciannya, maka ia akan memberikan impak yang lebih negatif dalam masyarakat kita yang sudah sedia robek dengan pelbagai masalah sosial. Kita bimbang suatu hari nanti masyarakat dunia juga akan memberikan tanggapan yang negatif terhadap Malaysia sebagai negara Islam dan membuka ruang untuk mempersoalkan Islam itu sendiri.
Dalam keadaan masyarakat Malaysia melihat liwat sebagai sesuatu yang jijik tetapi ada segelintir masyarakat juga telah dipercayai menjadi pelaku homoseks dan lesbian tegar. Apatah lagi ini bakal membuka peluang masyarakat gay seluruh dunia mengecap Malaysia sebagai negara yang menyekat kebebasan dan mencaci agama Islam disebabkan oleh ketegasan kita terhadap perlakuan liwat.
Ketika ini juga mungkin ramai ibu bapa yang tersipu-sipu dalam memberikan jawapan yang jelas jika ditanya oleh anak-anak kecil mereka mengenai perlakuan liwat ini.
Inilah masanya para ulama harus bangkit dan menganjurkan majlis-majlis tazkirah khas untuk menyedarkan masyarakat umum mengenai perlakuan liwat dari perspektif agama.
Dalam hal ini sudah tentu ulama dan ustaz PAS tak mahu sentuh mengenai perkara ini kerana ia melibatkan rakan sekutunya.
Janganlah akibat mengejar pengaruh politik untuk memburuk-burukkan seseorang musuh kita merosakkan pemikiran dan menjejaskan pendidikan akhlak di kalangan anak-anak generasi akan datang kita.

Tuesday, August 23, 2011

Cincin US24 Juta; BERTAUBATLAH USTAZ2 PAS!!


Akhirnya akhbar Kompass mengambil keputusan untuk memohon maaf kepada keluarga Perdana Menteri kerana dakwaan akhbar itu berkaitan dengan cincin berharga US24juta itu. Maka sahlah cincin tersebut bukanlah untuknya tetapi ada kaitan dengan bakal besannya.
Tetapi yang paling gawat ialah penaburan fitnah yang berdasarkan berita palsu itu oleh juak-juak pembangkang. Turut serta dalam pesta fitnah cincin itu ialah ustaz-ustaz PAS yang begitu ghairah menyinggung soal cincin ini yang konon satu pembaziran dan kemewahan yang melampau di surau-surau dan masjid-masjid tanpa rasa bersalah kerana atas alasan tazkirah.
Kini setelah Kompass sendiri memohon maaf maka kalau kesemua ustaz PAS itu juga wajib memohon maaf atas kesalahan menyebarkan fitnah itu. Dalam hal ini, mereka berdosa dengan Allah dan juga berdosa dengan keluarga PM. Apa yang lebih terus ialah taburan fitnah itu dilakukan sebagai selingan solat tarawih yang penuh keberkatan. Hai ustaz-ustaz berkenaan, bertaubatlah dan mohon maaf kepada Pak Najib seperti yang dilakukan oleh Kompass kalau mereka betul anak jantan.

Sunday, August 21, 2011

Suruhanjaya Kes Liwat Anwar Saiful?



1Malaysia tentunya ternanti-nanti hari esok akan apakah lagi helah dan muslihat Anwar untuk menunda lagi perbicaraan liwatnya. Setelah berjaya ke sekian kalinya menunda tarikh perbicaraam dari mempersoal kredibiliti pendakwaraya, hakim sehingga ke ingin menyoal saksi-saksi bersendirian termasuk Perdana Menteri dan isteri, tak tahu apa lagi yang hendak dikemukakan Anwar.
Hakim Mohd Zabidin telah dengan tegas mahu meneruskan perjalanan perbicaraan itu dan tidak mahu melayan apa-apa permohonan tangguh dari mana-mana pihak sekalipun.
Kes ini telah tertangguh selama lebih tiga tahun sejak kes itu berlaku pada 26 Jun 2008 dan sejak tarikh Saiful bersumpah mubahalah 15 Ogos tahun yang sama.
Kes yang melibatkan Anwar ini amat istimewan sekali kerana dalam tempoh yang sama juga rakyat biasa yang terlibat dalam kes-kes kesalahan seks yang lain mungkin banyak yang sudah dijatuh hukum.
Tidak tahu berapa banyak perbelanjaan dari para pembayar cukai yang telah dikeluarkan untuk melayan kes ini. Rakyat juga banyak menghabiskan masa untuk mengetahui kebenaran dari isu ini.
Kes ini sama dengan kes Teoh Beng Hock yang mana kerajaan terpaksa menghabiskan masa dan wang sehingga RM1juta bagi membolehkan sebuah Suruhanjaya diraja dibentuk setelah mahkamah tidak memberikan keputusan yang jelas. Adakah Anwar juga mahu satu suruhanjaya ditubuhkan khas untuk kes liwat ini?

Thursday, August 18, 2011

Akibat Ghairah Sangat Menyalahkan UMNO



Pak Mustafa Ali dengan begitu yakin menyatakan ini;
“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,” jelasnya.

Katanya, matlamat Umno bertindak demikian untuk memperorak-porandakan (destabilize) kerajaan negeri Selangor kerana kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor ini mempunyai pelbagai komponen dan isu-isu sensitif ini mudah"

Dengan kenyataan ini terbuktilah; dalam bulan yang mulia ini; PAS memang tidak hiraukan langsung keadaan proses memurtadkan orang Islam di DUMC. Yang lebih penting menyalahkan UMNO.




Lagi satu kenyataan pimpinan PAS, dari Naib Ketua Pemudanya, Al Hisssss;

"PAS melihat kegagalan ADUN berkenaan menyarungkan songkok dan berbaju rasmi persidangan adalah kerana gagalnya Umno dan BN dalam mendidik rakyat bagi memahami budaya adat resam orang Melayu dan agama Islam di negara ini"
Layakkah mereka memerintah? Kedua-dua kenyataan ini bukan fakta tapi bahan ketawa.

Ini baru dua dari ribuan kenyataan yang pelik-pelik dari pimpinan PAS selama mereka bersama DAP....

Wednesday, August 17, 2011

Lee Kuan Yew dan Bacaan Tarhim


Bila timbul isu bacaan Al Quran waktu Subuh di Pulau Mutiara teringat pula kisah tarhim dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
Samada ia adat atau ibadat, bacaan tarhim pada waktu Subuh adalah kelaziman suatu waktu dahulu. Mahu tak mahu ia adalah bacaan yang dilakukan dengan menggunakan pembesar suara dan sudah tentu pada orang bukan Islam dan mungkin sesetengah orang Islam sendiri akan terganggu tidur lenanya.
Apa lagi di sebuah negara kafir seperti Singapura. Al kisah Lee Kuan Yew telah memanggil Pengerusi sebuah masjid di Singapura dan bertanyakan soal tarhim samada ia perlu dilaungkan. Maka kata pengerusi itu ianya perlu untuk mengejutkan orang Islam solat Subuh tetapi Lee Kuan Yew tahu ia bukan sesuatu yang wajib.
Maka dengan baik Lee meminta Pengerusi itu menghentikan dahulu tarhim itu selama 1 minggu sahaja dan bolehlah sambung selepas itu.
Akur dengan arahan itu maka tarhim pun dihentikan selama seminggu.
dalam diam tak diam Lee telah menghantar anggota SB ke masjid itu setiap Subuh sepanjang minggu dan seminggu selepas itu.
Selepas seminggu tarhim dihentikan, ianya disambung kembali. Selepas seminggu tarhim disambung maka Pengerusi masjid itu dipanggil kembali menemui Lee.
Lee bertanya adakah perlu tarhim itu dilaungkan? Jawapan Pengerusi itu sama saja, perlu.
Di saat itu Lee menempelak. Beliau berkata dari laporan yang dia dapat bilangan jemaah yang datang adalah sama sahaja, samada dengan tarhim atau tidak. Maka bersetujulah Pengerusi masjid itu menghentikan bacaan tarhim selama-lamanya.
Begitula liciknya seorang pemimpin kafir menyelesaikan masalah yang melibatkan amalan orang Islam.
Kini di Pulau Pinang, tentulah Ketua Menterinya mempunyai kaedah yang sama, yakni dengan mengemukakan fakta dan merujuk kepada ulama tentang bacaan Quran menggunakan pembesar suara. Maka hukumnya menyebelahi matlamatnya dan satu fatwa dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam PP melarang bacaan Quran dengan pembesar suara pada waktu Subuh.
Namun kita juga sangsi kerana walaupun ianya hukum yang jelas tetapi kita pasti tahu niat sebenar kerajaan Pulau Pinang itu. Selagi ada ruang untuk menghadkan pengaruh Islam, dia akan gunakan. Padahal bukan sedikit orang Tiong Hwa yang bangun awal Subuh dan berjalan kaki sebagai salah satu riadahnya pada waktu pagi.
Akibatnya, bagi orang Islam yang masih jahil, isu ini menjadi satu isu yang besar ditambah pula dengan campur tangan orang politik. Tanpa disedari, apabila ditempelak arahan ini maka dengan sendirinya orang Islam yang jahil ini menyanggah juga hukum yang jelas dalam Islam.

Thursday, August 4, 2011

Tangguh Lagi!

Tag team Anwar-Karpal memang hebat. Seorang dituduh penjenayah, seorang peguam pembela. Kalau inilah halnya maka sesiapa yang memiliki kelicikan dan bakat seperti kedua-dua insan ini tampillah dan buatlah apa jua jenayah yang dikehendaki.
Pecah amanah, menipu, rasuah atau apa jua jenayah yang boleh difikirkan.
Yang jelas tag team ini telah berjaya memperbodohkan rakyat, penyokong pakatan pembangkang, pemimpin pakatan pembangkang, malah hakim dan peguam selainnya.
Kini kita hanya mampu tertanya-tanya apakah jenis keadilan yang dibawa oleh Anwar sebagai ahli politik yang mahu menjadi pemimpin nombor satu negara sehingga keadilan diri sendiri pun tidak dapat dipamirkan?
Banyak perkara yang hendak dipersoalkan dalam mahkamah dunia ini. Wallahualam jika diizinkan Tuhan untuk kita mempersoalkan pendakwa dan hakim di mahkamah akhirat, mungkin juga dia mahu mempersoalkannya.
Semuanya tidak kena bagi Anwar dan setiap kali beliau menyuruh Karpal mempertikaikan mahkamah, setiap kali juga ada yang percaya yang institusi keadilan negara ini pincang. Inilah taktik terkotor dalam sejarah judiciary Malaysia yang rasanya tidak berlaku di dalam mana-mana sistem demokrasi di dunia ini.
Apakah akan jadi jika dua insan ini memiliki sebahagian besar dari tampuk pemerintahan negara?
Apakah Karpal, sebagai peguam tua lupa akan slogan ini, "Justice delayed is justice denied"
Tak bolehkah semua saksi-saksi itu terus ditemuramah dalam mahkamah? Macam mana pun mahkamahlah tempat untuk menghuraikan segala keterangan? Mengapa harus diberikan keistimewaan pasukan pembela untuk mendapatkan hak eksklusif menemu ramah saksi? Saya tidak mahu mepersoalkan kebijaksanaan Hakim Datuk Mohamad Zabidin, tetapi beliau haruslah bijak dan arif dalam menentukan hala tuju perbicaraan yang sudah masuk tiga tahun ini. Sekiranya Saiful boleh mengandung, nescaya anak kecil 'Anwar-Saiful' itu pun sudah petah berkata-kata.