Tuesday, June 23, 2009

Hati2 Ekor Lembu Import

Dalam kesibukan kita membincang soal politik, mari kita renung sebentar terhadap perkara-perkara yang melibatkan kita sebagai pengguna Islam.
Para pengguna khususnya penggemar sup ekor lembu diminta berhati-hati dengan lambakan ekor lembu import entah dari mana yang dibawa masuk oleh pengimport-pengimport yang tidak diketahui halal-haramnya.
Menurut seorang pegawai kastam kemasukan ekor-ekor lembu ini adalah banyak sehingga memenuhi sebuah kontena berukuran 40 kaki. Menurutnya lagi, saiz ekor lembu tersebut sangat tidak munasabah sehingga beliau amat tidak yakin bahawa ianya adalah dari lembu.

"Sejak dari itu saya tidak makan lagi ekor lembu," kata pegawai kastam berkenaan.
Apa yang menghairankan adalah mengapa tidak ada langsung tindakan yang boleh diambil dan sehingga ke hari ini ekor-ekor lembu tersebut masih lagi dibawa masuk dan dijual secara berleluasa di pasar-pasar yang di pusat-pusat makanan khususnya makanan Siam yang menyediakan masakan sup ekor.
Pegawai tersebut pernah mempersoalkan dari mana ekor-ekor lembu tersebut datang dan adakah ianya dari lembu-lembu yang disembelih mengikut kehendak syarak, kalau betullah ianya lembu. Persoalan tersebut tidak terjawab sehingga hari ini.
Pegawai tersebut tidak boleh mengambil tindakan kerana perkara tersebut bukan dalam bidang kuasanya.

Thursday, June 18, 2009

Alahai Pok Nik!


Semakin sasau Mursyidul Am PAS nampaknya. Samada dia berkuasa atau tidak tetapi mengarahkan Ustaz Nasarudin untuk meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden sekali gus wakil rakyat kawasan Bachok adalah satu tindakan yang melulu seperti yang dianggap oleh MB Kedah, Datuk Azizan.
Pok Nik, Pok Nik, daripada mengarahkan Nasaruddin letak jawatan ahli parlimen Bachok, elok sekali kalau Pok Nik suruh Ibrahim Ali meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Pasir Mas yang dimenangi atas tiket PAS tetapi tidak sehaluan dengan PAS.
Umum kini sudah maklum akan kesasauan orang yang dipanggil Tuan Guru ini. Entah apa yang telah menyelinap masuk ke hati sanubari beliau sehingga sanggup melabelkan mereka yang ingin menubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO sebagai boneka sambil tidak menghiraukan kebonekaan parti beliau di Perak yang mana MB Nizar telah dibodohi dan terus berkelakuan seperti monyet di DUN Perak dan di Parlimen.
Semalam Mufti Perak telah menyatakan persetujuan beliau terhadap kesatuan itu demi keutuhan dan keselamatan umat Islam di negara ini.
Pok Nik masih lagi degil. Sayang seribu kali sayang jika ini perjuangan akhir beliau dalam politik, beliau mungkin kecundang sebagai orang yang bencikan perpaduan dan menyemaikan bibit-bibit kebencian di kalangan umat Islam dan beliau bukan lagi boleh digelar mujahid Islam.
Tetapi walau bagaimanapun kami berdoa agar Pok Nik segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan dan memperjuangkan Islam dengan cara yang ditunjukkan Nabi saw.

Sunday, June 14, 2009

Haramkan SIS: PAS Juga Tak Layak Guna Label Islam

Coretan ini TIDAK SAMA SEKALI bertujuan untuk menyokong perjuangan SIS, tetapi melihatkan kenyataan PAS yang ingin mengharamkan pertubuhan mengembalikan hak wanita itu braveiron berpendapat PAS juga harus sanggup untuk melunturkan label Islam dalam perjuangannya.
Ini kerana tindak tanduk PAS yang kita maklumi banyak bercanggah dengan Islam dan memburukan keadaan lagi mereka masih lagi berslogankan kepimpinan ulama', mempunyai identiti Islam pada pakaian dan anggotanya kebanyakkan mempunyai latar belakang pendidikan Islam.
Sebenarnya PASlah yang lebih menyesatkan ramai umat Islam dalam perjuangannya menguasai kepimpinan negara yang mana paling ketara yang masih jelas dalam ingatan kita adalah amanat Haji Hadi sendiri pada tahun 1983 yang telah memberikan tanggapan bahawa ahli-ahli UMNO semuanya kafir. Maka sejarah telah menyaksikan bagaimana isu politik ini begitu buruk sehingga menjejaskan institusi keluarga dan struktur masyarakat. Mengapa tiada lagi penjelasan terhadap isu pangkah PAS masuk syurga? Sejauh mana mereka menghayati semangat perpaduan seperti dianjurkan oleh Al-Quran dan Hadis?
Lihat pula kenyataan-kenyataan karut yang telah dikeluarkan oleh Mursyidul Am Tuan Guru. Terakhir perhatikan pula gelagat beliau apabila mengambil sikap yang degil untuk tidak mahu menerima cadangan kerajaan perpaduan yang diusulkan oleh Hadi.
Semak balik semua kenyataan-kenyataan yang busuk dan penuh kehinaan yang diucapkan oleh para pemimpin mereka yang kasar seperti Mat Sabut, Nasaruddin, Nizar, Khalid dan lain-lain. Islamikkah mereka dalam kenyataan dan tindak-tanduk mereka?
Parti ini penuh dengan kekarutan, dendam kesumat, dan ini diseliputi oleh jubah,kopiah dan serban para pemimpin mereka. Kerana kuasa mereka sanggup menjual ayat-ayat Allah, kerana kuasa mereka sanggup menjual maruah, kerana kuasa mereka sanggup bekerjasama memaki hamun sesama saudara Islam, kerana kuasa mereka sanggup menjadi boneka puak kafir.
Dulu mereka mahu menegakkan Daulah Islamiah, kini mereka kata 30 puluh tahun lagi, tak ada dalam perlembagaan, atau apa-apa dokumen PAS yang mengatakan mereka mahu menegakkan undang-undang hudud.
Kita boleh mempermainkan sentimen lain tetapi PAS telah pergi lebih jauh dalam kesesatan dengan mempermainkan agama Islam!
Ramai boleh menerima hakikat SIS mempunyai matlamat kearah Islam liberal tetapi mengapa ramai diantara umat Islam tidak boleh menerima hakikat bahawa PAS bukanlah pejuang Islam tulin tetapi hanya berselaputkan Islam sebagai mengabui mata kita.

Tuesday, June 2, 2009

Syariah Boleh Berubah-YB Dzulkefly


Dr. Dzulkefly bersama sahabatnya Clir Edmond Yeo, ahli lembaga penasihat MTT

Ahli Parlimen PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad telah membuat satu kejutan besar apabila menyatakan bahawa undang-undang Islam tidak pernah rigid dan boleh berubah mengikut keadaan masa dan ruang.

Saya tidak yakin bahawa kenyataan ini datangnya dari seorang pendokong Islam yang komited dalam PAS dan mungkin beliau boleh memberikan penjelasan kepada umum apa yang dimaksudkan syariah boleh diubah mengikut masa dan ruang (time and space). Atau pemberita salah lapor. Kalau salah lapor kita belum dengar lagi YB ini menyaman atau membuat kenyataan balas.

Atau adakah ini satu kenyataan politik untuk memberitahu dunia bahawa Islam amat fleksibel walaupun ia melibatkan hukum-hukum qat'ie? Hebat betul YB Dzul. Ada satu lagi wahyu baru turun ke?

Beliau menyatakan demikian dalam sebuah program di Institute of Southeast Asian Studies, Singapura baru-baru ini.

Dr. Dzulkefly Ahmad juga mengakui bahawa PAS terpaksa bergantung kepada parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat untuk menguasai kerajaan Malaysia dan mendirikan sebuah negara Islam. PAS juga tidak akan dapat menguasai 2/3 majoriti walaupun memenangi kesemua kerusi-kerusi tersebut.

Maknanya juga PAS siang-siang mengakui bahawa untuk mendirikan negara Islam adalah mustahil setelah sejak sekian lama sering melaung-laungkan slogan negara Islam dan undang-undang hudud.

Dzulkefly juga tidak begitu yakin untuk memenuhi kehendak-kehendak rakyat dalam apa yang dianggap sebagai politik baru (new politics) yang terpaksa mengimbangi atau mengorbankan sebahagian elemen perjuangan parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat.

Setelah sekian lama barulah Dr. ini sedar akan masalah yang dihadapi oleh UMNO selama ini. Atau beliau mahu menyedarkan realiti yang dihadapi oleh PAS sekarang. Atau ini juga menunjukkan bahawa slogan negara Islam hanya sekadar memikat undi orang Melayu. Dalam masa yang sama juga PAS tidak mahu dilihat sebagai sebuah pergerakan politik Islam yang mahu menguatkuasakan undang-undang Islam ke atas semua.

Beginilah PAS baru yang kita nampak sudah mula menjalani proses tranformasi yang maha agung-dari menjadikan Islam sebagai alat perjuangan kepada sebuah parti yang kononnya untuk semua (PAS for all)

Pada saya PAS bukanlah sebuah parti Islam lagi tetapi cuma sebuah parti yang dahagakan kuasa dan takhta-seperti parti-parti politik yang lain.

Bacalah laporan penuh Strait Times di bawah ini:

SINGAPORE, May 30 — The opposition Islamic party PAS will be unable to single-handedly take over the government in Malaysia and run it as an Islamic state, a top party official said yesterday.

With only about 75 of the 222 parliamentary seats dominated by Malay voters — seats that PAS has a good chance of winning — it could never single-handedly take over the country, said the head of PAS’ research centre.

Even if PAS did win all these seats, it would not be able to command the two-thirds majority needed to change the Constitution.

“It makes it academic to fear that Islam is going to be imposed by PAS on others. And we don’t want it to be that way anyway,” said Dr Dzulkefly Ahmad at a talk in Singapore yesterday.

He added that PAS still needed to rely on its coalition partners in the three-party opposition Pakatan Rakyat alliance to win seats not dominated by Malay-Muslim voters.

Besides, the Kuala Selangor MP said, PAS would find it challenging to deal with the demands of what he called “new politics”, such as greater democratic participation and less centralised rule.

“We are not sure whether our party is quite capable of managing the demands of these new politics,” he said candidly.

Dzulkefly is known to be one of the more liberal leaders in the party and part of what is regarded as a reformist group known as the “Erdogans” — named after Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan, who is seen by PAS as a liberal Muslim.

His more liberal stance certainly emerged at the 1½-hour talk on PAS at the , as he described PAS’ efforts to reform itself into a party that could reach out more to non-Muslims.

He said PAS had become the third most popular choice for Chinese and Indian voters, surpassing the ruling Barisan Nasional coalition’s Chinese and Indian parties in the general election last year. The first two, he said, were opposition partners Parti Keadilan Rakyat and DAP.

Lamenting that PAS had been “demonised” as a stereotype hardline Islamic party, he said PAS believed in the sanctity of the federal Constitution, national laws and the principles of democracy.

Dzulkefly even ventured that certain controversial rulings based on Islamic law, or syariah, such as those regarding religious conversions, could be relooked, though he did not say who could do it.

He added: “Syariah has never been rigid… even laws in Islam change with time and space.” — Straits Times