Monday, November 16, 2009

Penasihat Ekonomi RM1: Tunggulah Kemusnahannya

Untung betul rakyat Selangor dapat penasihat ekonomi baru dengan gaji RM1 sebulan. Mana nak dapat. Penasihat ekonomi yang ini bukan calang-calang orang. Anwar Ibrahim namanya. Banyak bekasnya. Bekas Menteri Pendidikan, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Kewangan, Pertanian, Timbalan Perdana Menteri. Hebat, hebat.
Yang paling hebat dalam kareernya ialah beliau juga bekas penasihat ekonomi bagi IMF bagi Asia Pasifik yang telah banyak membantu negara-negara ASEAN ketika kemelut kewangan 1997 dulu kecuali Malaysia.
Hebat lagi beliau jugalah yang telah menambah jumlah Pinjaman tidak berbayar, NPL, dan membuat lebih ramai rakyat bersama-sama kerajaan merasai krisis kewangan bila beliau menaikkan kadar pinjaman serta menaikkan pembayaran baki pinjaman kad kredit dari 5% kepada 15%.
Tak tahulah apakah pembaharuan yang bakal dibawa oleh penasihat ekonomi bergaji seringgit ini. Kata orang putih, 'You give peanuts you got monkey'. Bak kata Nabil 'lu fikirlah sendiri'. Sabda Nabi saw pula, berilah sesuatu tugas itu kepada yang bukan pakarnya, dan tunggulah saat kehancurannya.

Derma Kilat Buat Tok Guru Tunai Haji

Terkucil hasrat Tok Guru nak tunaikan haji melalui pakej RM65,000nya. Kata orang duit hadiah itu ada bau-bau rasuah.
Hairan juga kenapa Tok Guru batalkan hasratnya itu. Sebagai seorang yang arif tentang hukum, sudah tentulah beliau sudah menimbangkannya mengikut sukatan syariah. Kalau beliau yakin ianya bukan rasuah tunaikanlah niat suci untuk menjadi tetamu Allah; pesetankan apa kata orang. Tapi nampaknya Tok Guru lebih melihat kepada tanggapan orang daripada hukum. Macam ada bau-bau politik.
Malang sekali juga bila terjadi perkara begini para penyokong PAS sepatutnya melancarkan derma kilat bagi membolehkan Mursyidul Amnya menunaikan haji, tapi nampak senyap sahaja. Kesian Tok Guru, penyokongnya makin tidak peka dan tidak bermaya lagi dengan beliau.
Oleh itu Tok Guru, sudah sampai masa untuk berundur baik-baik dan mencurahkan sepenuhnya ilmu yang ada kepada umat Islam sebagai seorang daie tulin sepenuh masa. Seelok-eloknya ucaplah selamat tinggal kepada politik. Bagi PAS selepas ketiadaan Tok Guru, untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Friday, November 13, 2009

Bai'ah dan Tauliah: Bahana Bila Badut Jaga Agama

Tiada angin pohon takkan bergoyang. Walaupun beberapa pihak dalam PAS menafikan isu bai'ah seperti yang diutarakan oleh Khalid Samad namun ianya adalah satu perkara yang amat memalukan umat Islam di Malaysia. Mahu tidak mahu semua umat Islam mesti merasakan ianya adalah sesuatu yang amat besar dan tidak boleh dipandang remeh.
Kewujudannya adalah pasti; apa yang kurang pasti adakah ianya satu peraturan yang jelas ataupun ianya satu 'unwritten rule to be understood and adhere to by everybody'
Di mata masyarakat umum ianya adalah satu senario baru kerana PAS sekali lagi telah dibuktikan ketaksubannya sehingga seolah-olah PAS itu sudah melebihi Islam kalaupun tidak setaraf.
Isu tauliah yang selama ini menjadi isu biasa tiba-tiba sahaja menjadi luar biasa apabila didedahkan dua ulama besar kini menghadapi tuduhan mengajar ilmu tanpa tauliah. Dr Abdullah Yassin yang rupa-rupanya sudah 3 tahun berulang-alik ke mahkamah dan Dr Asri yang baru menghadapi tuduhan yang sama dan menunggu hari perbicaraan.
Perkara ini memeranjatkan semua pihak kerana yang ditahan merupakan tokoh-tokoh agama yang ulung dan tidak perlu dipersoalkan akan kemantapan ilmu mereka.
Kedua-dua isu ini, telah membuat seluruh umat Islam termangu-mangu akan gelagat yang mendakwa sebagai pendokong agama. PAS mengakui sebagai pejuang agama cara politik dan JAIS pejuang agama melalui undang-undang.
Alangkah baiknya jika badut-badut dari kedua-dua organisasi ini turun ke bawah, ke bumi nyata dan lihat serta mengambil tindakan terhadap perkara-perkara yang jelas haram yang diamalkan oleh umat Islam kini daripada membawa seluruh umat Islam ke kancah pemikiran yang lebih berserabut yang tak perlu dibincangkan langsung secara umum.