Thursday, November 24, 2011

Hati Lembu, Tahi Lembu



Hasrat tinggi negara untuk tidak bergantung bekalan daging lembunya pada negara luar telah diletakkan ke bahu Perbadanan Fidlot Nasional, NFC.
Pembiayaannya bukanlah sedikit dan tempoh matangnya bukanlah sehari dua, malah 30 tahun dan boleh ditambah lagi 30 tahun mendatang.
Pembiayaan sebanyak 250juta itu dengan kadar faedah yang paling minima telah dijangka membolehkan rakyat negara ini menarik nafas lega kerana mereka bakal dapat menikmati bekalan daging yang lebih segar, lebih baik dan yang paling penting lebih murah.
Tetapi belum suku jalan macam-macam perkara yang kita jumpa setelah didedahkan oleh Ketua Audit Negara baru-baru ini.
Gejala salah guna dana, kronisma, tata cara pengeluaran wang kerajaan dan perbelanjaan yang kita tidak boleh terima.
1. Wang yang diperuntukan untuk sesuatu tujuan digunakan untuk sesuatu tujuan lain jelas bercanggah dengan prinsip amanah dan amat tidak wajar wang tersebut dilaburkan ke dalam bidang yang tidak ada kena-mengena kecuali jika wang itu bapa Datuk Seri yang punya.
2. Tiga orang adik beradik diambil bekerja entah atas dasar apa seolah-olah tiada langsung dari kalangan 10 juta warga Malaysia yang boleh bekerja tidak layak untuk diserap.
3. Kerajaan melalui Kementerian Kewangan amat mudah mengeluarkan tanpa meneliti keperluan semasa sehingga NFC tidak tahu kemana wang harus diletakkan dahulu dan melabur ke bidang hartanah.
4. Sejumlah wang yang terlalu banyak dibelanjakan untuk perjalanan ke luar negara atas alasan kita tidak mempunyai pakar. Sia-sia sahaja kita mempunyai Universiti Putra Malaysia yang cenderung kepada bidang pertanian dan sia-sia sahaja kita mempunyai Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang mempunyai tenaga pakar yang banyak pengalaman.
Sudahlah; semakin banyak kita tahu mengenai NFC ini semakin meluat rakyat dan kerajaan UMNO BN tidak mempunyai cara lain tetapi menghukum terus mereka yang bersalah dan melucutkan jawatan isteri Datuk Seri itu kerana beliau juga mempunyai pengaruh dalam gejala ini.
Ingatkan kita nak makan hati lembu murah tetapi apa yang bakal pembayar-pembayar cukai terima adalah pongkesan-pongkesan TAHI LEMBU dari penjarah-penjarah yang tidak berhati perut ini.

Friday, November 11, 2011

'Kemenyampahan' dan 'Kemeluatan' Rakyat Lahirkan Ramai Calon Bebas


Kalaulah dari dulu UMNO mempunyai pendirian untuk menerima siapa sahaja calon yang layak, sudah tentu parti itu dan BN tidak perlu mengharungi kemelut sekarang.
Pengumuman Najib berkaitan calon ini semalam sebenarnya adalah aspirasi rakyat Melayu yang inginkan calon yang berwawasan dan bukannya calon yang ampu-ampuan. Bukan hanya popular di kalangan UMNO tetapi diterima semua lapisan masyarakat.
Apakah saranan Najib ini boleh diterima oleh setiap peringkat kepimpinan UMNO? Soalan ini amat berat dijawab tetapi realitinya adalah mustahil untuk semua kepimpinan bahagian menerimanya.
Mungkin ada pemimpin bahagian akan berkata, "Saya dah curahkan tenaga, buah fikiran dan wang ringgit untuk menghidupkan bahagian ini, kenapa tiba-tiba calon lain yang nak sibuk-sibuk bertanding dan mahu jentera bahagian ini membantu?"
Memang benar keluhan ini akan berkumandang secara senyap atau bawaan dari mulut ke mulut dan sudah pasti ianya sampai ke pengetahuan Najib. Soalnya apakah yang boleh Najib lakukan untuk memastikan 'calon boleh menang'nya bertanding dan mendapat sokongan jentera dan kepimpinan parti?
Memang sukar untuk semua mahu ianya berlaku.
Apa yang bakal berlaku ialah jika kepimpinan sesuatu bahagian yang terlalu haprak dan pemimpinnya degil dan bertegas mahu bertanding juga, maka cara yang terbaik ialah bagi UMNO-BN menaja calon-calon ini atas tiket bebas.
Ini jika kita mengandaikan bahawa calon itu mampu berdiri atas personalitinya dan mempunyai kedudukan dan penghormatan tinggi dari masyarakat setempat. Namun strategi ini perlu dikaji tetapi tidak perlu dihebah dan laporan tulin dan mantap dari anggota risikan polis dan tentera adalah kritikal. Laporan JASA dan KEMAS memang kurang dipercayai dan ini adalah rahsia umum kerana pendokong-pendokong KEMAS dan JASA juga terdiri dari pendokong parti yang berkemungkinan besar akan cenderung pada kehendak parti dan bukan kehendak kepimpinan tertinggi.
Strategi ini juga perlu dilaksanakan juga memandangkan kemuakan, kebencian, 'kemenyampahan' yang meluap-luap rakyat terhadap pemimpin UMNO. Mungkin di pihak PR juga sudah memikirkan kaedah ini kerana tidak kurang juga golongan rakyat sudah meluahkan kemeluatan mereka terhadap parti yang pelik ini.
Sekarang pun sudah banyak terdapat ahli parlimen bebas yang rakyat pun kadang-kadang keliru terhadap kecenderungan mereka.
Kemungkinan-kemungkinan calon bebas bakal mendominasi PRU13 ini bakal menjadi realiti dan bersedialah untuk menyaksikan rundingan-rundingan lompat parti selepas calon-calon ini berjaya kelak.

Wednesday, November 9, 2011

Kurangkan Penjawat Awam: Kenapa Sinis?


DAP sekali lagi mengeluarkan satu kenyataan yang mengejut dengan mahu mengurangkan kakitangan awam apabila parti itu berkuasa. Penjawat awam lebih-lebih lagi boss CUEPACS tentunya melenting dengan kenyataan yang menjentik anak-anak buahnya itu.
Namun begitu kita juga harus bertanya kenapa DAP begitu berani berkata perkara yang tidak popular? Mereka tahu bahawa kenyataan itu akan mengundang padah lebih-lebih lagi rakan-rakan 'berkutu' mereka PKR dan PAS.
PAS sendiri telah menganggap bahawa kenyataan itu adalah pandangan peribadi Tony Phua dan bukannya PR. Takut sungguh PAS, entah mengapa? Mungkin kerana undi Melayu banyak dalam sektor awam yang PAS, PKR perlukan tentulah dia cepat-cepat membetulkan kenyataan Tony tu.
DAP sudah tentu tidak hairan kerana pengundi mereka adalah dari kalangan masyarakat Cina yang rata-rata bukan penjawat awam.
Tetapi apa jua tanggapan kita terhadap kenyataan busuk itu, ia tetap punya justifikasi. Kuncinya adalah kecekapan atau effisiensi pejabat kerajaan.
Sebagai contoh hari Jumaat. Kita semua maklum bahawa pejabat kerajaan akan tutup dari pukul 12:15-2:45 tanpa mengambil kira waktu solat Jumaat. Tetapi kita terlalu biasa kalau sebut 12:15 bermakna pukul 12 pejabat sudah sunyi dengan kakitangan lelaki akan ke masjid atau makan tengahari dulu. 'Pekena Briyani Istimewa Hari Jumaat' Yang perempuan sibuk pergi shopping. Sekarang waktu Zohor adalah dikira awal tetapi tetap waktu masuk pejabat pukul 2:45. Pukul 2:45 kakitangan perempuan biasanya akan balik dan pada waktu itu jugalah mereka kebanyakannya akan solat Zohor; ya, pada waktu pejabat. Sedang-sedang kaji, sebenarnya waktu Zohor mereka setiap hari adalah pukul 2:00 pada hari biasa.
Masa mesyuarat. Bila mesyuarat selalunya ada hidangan kuih muih atau kalau nasib baik ada hidangan nasi lemak kalau pagi terhidang di atas meja mesyuarat. Kalau mesyuarat pukul 10:00, Pengerusi akan sampai pukul 10:30. Biasalah waktu Melayu...
Masuklah pengerusi dan perkara yang pertama ialah akan menjemput semua ahli mesyuarat makan sehingga pukul 11:00 baru mula mesyuarat. Ahli mesyuarat kalau ramai maka tidak semua dapat menyuarakan pendapat mereka sebab pengerusi ada hal lain pada pukul 12 tengahari. Begitulah lumrah jentera kerajaan. Kalau ditegur, blacklist. Kalau ditegur.....blacklist.
Datuk Seri Hisham semasa menjadi Menteri Pelajaran terkejut ketika mendapat tahu bahawa jumlag kakitangan Kementerian Pelajaran China adalah sama bilangannya dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. China mempunyai 1 billion penduduk.
Jadi janganlah pandang ringan kenyataan Tony Phua itu. Sungguhpun saya amat jijik dengan DAP yang chauvinis tetapi yang wajar patut kita timbang, setidak-tidaknya ambil iktibar.

Siapa Sanggup Berdepan Dengan MARINA?


Apakah sudah sampai masanya kita menilai semula aqidah dan pegangan Marina Mahathir? Memang kita tidak boleh membaca hatinya, tetapi pada zahirnya, penampilannya, kecenderungannya, kenyataan-kenyataannya dan prinsipnya kita boleh menilai dengan mudah akan prinsipnya.
Kita amat terkejut apabila timbul isu LGBT ini Marina dengan begitu lantang membela hak asasi koloni ini dengan begitu tegas menyatakan bahawa beliau sudah 20 tahun membela nasib mereka. Beliau juga telah mendedahkan bahawa telah merasmikan majlis perjumpaan mereka pada tahun 2009.
Kita merasa sudah tiba masanya agar satu golongan mendekati Marina ini supaya dia balik ke pangkal jalan dan membetulkan prinsip dan pegangan agamanya. Melihat kepada apa yang digenggamnya sekarang kita tidak nampak anak mantan Perdana Menteri ini memegang apa-apa prinsip agama.
Semua kalangan kita sedar bahawa semua agama tidak kira agama samawi atau berdasarkan animismi menolak golongan LGBT ini. Jika Marina tegar dan tegas membela mereka yang songsang ini bolehkah kita membuat kesimpulan bahawa dia tidak berpegang kepada Islam atau mana-mana agama dan hidupnya berlandaskan apa yang nyata sahaja dan berdasarkan logik sahaja.
Siapakah di antara jutaan rakyat Malaysia yang sanggup berdepan dengan Marina dan menceritakan hal yang sebenar. Apa yang lebih menyukarkan ialah watak ini tidak akan menerima apa-apa jua yang berlandaskan agama malah dia telah diketahui umum menentang beberapa hukum agama seperti yang kita lihat dalam doktrin-doktrin Sisters In Islam.
Yang menyedihkan lagi beliau terus membela Ambiga dan mencabar mereka yang menghentam laknatullah ini berdepan dengannya, kalau berani.
Inilah dunia sekarang. Perkara yang sudah jelas terpesong pun mendapat tempat untuk dibela dan diberikan perhatian yang wajar. Inilah perjuangan umat Islam sekarang.
Saya sanggup berdepan dan menyahut cabaran Marina untuk menegakkan kebenaran atas nama dan kesucian agama kerana Allah; adakah anda sanggup?

Wednesday, November 2, 2011

Nalla As Senator, IS BN KIDDING?


The appointment of Datuk Nallakaruppan as a Senator proves nothing except the undisputed strength of Anwar Ibrahim and the Opposition Front.
Datuk Nalla has all the prooves and evidences of the unethical, indecent and unruly personal practices and habits of the Opposition Leader.
But is the public really care about these issues that cloaks Anwar? There are altogether 37 close aides of Anwar who defects and brought all the 'goods news' about the leader, from written prooves to video clips, but apparently the support remains unscathe.
The BN has already appointed Anwar's former political secretary, Ezam who when he was a staunch supporter of Keadilan, claims to possess 6 boxes of documents pertaining to the misappropriateness of Tun Mahathir's government.
Given Ezam's defection, Anwar is still standing strong and tall.
No court rulings, court orders, no court decisions, no 'sumpah laknats' seems to scratch him even a bit. Even the Chairman of DAP Mr Karpal expressed his displeasure towards Anwar by asking him to repent, he still gains support.
If all these evidences did not budge Anwar from his supporters, what significance does it serve to appoint Nalla who represents an puny year old political party? It does nothing, absolutely nothing towards BN's advantage but will stir further relationships between UMNO and her traditional Indian political partner, the MIC.

Tuesday, November 1, 2011

AUKU: APA KERJA KHALED SEKARANG?


Setelah 40 tahun barulah komuniti undang-undang terperasan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti sebenarnya bercanggah dengan perlembangaan persekutuan. Setelah 40 tahun barulah kita dikejutkan bahawa selama ini para pelajar universiti telah terkongkong dengan akta yang menakutkan mereka ini.
Apakah benar bahawa akta ini menakutkan mereka? Akta ini telah berkuatkuasa setelah beberapa pelajar radikal yang diketuai oleh Saudara Anwar Ibrahim menggerakkan beberapa siri demonstrasi mengecam kerajaan dari isu-isu politik sehingga isu orang mati tak makan di Baling.
Anwar Ibrahimlah orangnya yang telah membuat kerajaan mengenakan akta-akta bagi menyekat kebebasan pelajar untuk berhaluan kiri dan bersikap anti-establishment.
Namun dengan berkuatkuasanya akta ini juga, ramai pemimpin yang hebat yang lahir tidak kira jika mereka menyokong kerajaan atau membangkang tak sudah-sudah.
Ada hikmahnya perkara ini disedari dan pihak Kementerian Khaled Nordin sepatutnya boleh menarik nafas lega kerana para pelajar tidak perlu lagi berselindung dan bersuara siapa mereka sokong. Ini memudahkan kerja Khaled daripada meneka siapa yang kiri dan siapa yang kanan.
Selama ini di kalangan komuniti pelajar yang kanan atau menyokong kerajaan digelar kumpulan Aspirasi dan yang menentang dipanggil ProM atau pro mahasiswa.
Harap-harap dengan penelitian semula AUKU ini Khaled bolehlah menggerakkan jentera parti dengan lebih tersusun lagi untuk membetulkan pemikiran songsang pelajar yang menyokong parti pembangkang yang memang sudah menyeleweng.
Tetapi mampukah Khaled berjuang dengan berkunjung ke universiti dan berdepan dengan pelajar berhaluan kiri ini? Braveiron tak dengar lagi cerita Khaled ke universiti berdebat dan berhujah dengan pemimpin pembangkang di depan pelajar yang radikal ini?