Thoughts on political, religious, social, international, consumer or other issues deemed necessary.
Tuesday, April 12, 2011
Umpama Membaham Telur Palsu
Heboh 1 Malaysia fasal telur palsu yang akhirnya dibuktikan tulin tetapi telur yang tidak layak dijual di pasaran. Datuk Aziz Jamaluddin, boss Veterinar menegaskan bahawa tiada telur ayam palsu di pasaran dan Tiong Lai juga mengesahkan bahawa telur yang dirampas itu bukanlah telur palsu, kerana telur palsu mengandungi bahan-bahan bahaya seperti tawas, resin, lilin, pewarna, pengawet dan lain-lain. Bentuknya sama, warnanya sama, sifatnya sama, walaupun memang sebenarnya dapat dibezakan dengan sekali pandang.
Dalam senario politik pula, yang palsu menjadi ikutan dan sokongan ramai. Pakatan dan gabungan palsu pula berjaya dipilih untuk memerintah negeri, dan yang p[alsu juga ghairah menggertak kerajaan sehingga orang Melayu sendiri terluntur akan hak-haknya.
Tidak boleh dinafikan bahawa insan bernama Anwar Ibrahim telah berjaya melakukan yang tidak mungkin berlaku selama ini. Beliau telah menggabungkan dua parti yang berlainan ideologinya bak utara dan selatan; barat dan timur. Perjuangannya memang berbeza 180 darjah. Anwar yang bukanpun pemegang jawatan yang hakiki dalam PKR berjaya meyakinkan kedua-dua parti yang telah wujud sejak sebelum merdeka untuk duduk sama dan menyusun strategi menganyang Barisan Nasional, UMNO dan orang Melayu.
Anwar insan yang tulin, tetapi segala percakapannya palsu, tindakannya palsu, perasaannya palsu tetapi yang tulin adalah penyokong-penyokong Pakatan.
Entahlah, memang rakyat Malaysia memang suka yang palsu agaknya. Pengguna memilih untuk beli dan pakai beg tangan, jam tangan, aksesori, dan lain-lain barangan yang palsu kerana harganya murah, tetapi memberikan sokongan kepada yang palsu tulin pasti membawa mudharat seperti membaham telur-telur palsu dari China.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment