Thoughts on political, religious, social, international, consumer or other issues deemed necessary.
Wednesday, April 13, 2011
Perlembagaan Islam, Falsafah Kafir!
Pernah Subky Latif memberikan satu pendangan terhadap peranan parti-parti pembangkang di negara ini pada tahun 1986 dalam satu siri ucapan politiknya di Kuala Lumpur. Beliau kata, parti-parti politik telah diberikan lesen untuk menjatuhkan kerajaan.
Bergantung pada pendekatan yang kita ambil, kenyataan beliau itu ada kebenarannya. Memang kerajaan memberikan mandat untuk mereka beroperasi dalam keadaan-keadaan tertentu berjaya membentuk kerajaan seperti yang berlaku di Kelantan. PAS Kelantan telah memerintah Kelantan pada tahun 1956 sehingga 1974 dalam era Datuk Asri Muda dan dari 1990 sehingga kini di era Pok Nik. Pembangkang juga telah meraih 4 negeri lagi dalam PRU 12 iaitu Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Satu pencapaian yang paling buruk buat BN dan satu kecemerlangan yang tidak diduga oleh parti pembangkang.
Rekod pencapaian ini telah meniupkan api keghairahan yang lebih meluap di kalangan pembangkang yang mana di bawah kepimpinan Anwar dengan begitu yakin bahawa pada 16 September 2008 sebilangan ahli parlimen BN akan 'menyeberang' ke kerusi pembangkang dan membolehkan mereka memerintah kerajaan pusat. Walaupun tidak berlaku, namun ianya telah menjadikan kerajaan BN gentar dan melatah sehingga ke hari ini.
Obor keyakinan pembangkang untuk memerintah semakin kencang dan mereka sanggup melakukan apa sahaja walaupun ianya bermakna menjejaskan kredibiliti pihak yang raja berperlembagaan, kehakiman dan anggota eksekutif.
Undang-undang dan perlembagaan kini menjadi bahan mainan dan tidak semesti diikuti. Perintah dan titah Sultan tidak dipeduli malah dicabar. Pihak yang menguatkuasakan undang-undang telah diperkotak-katikkan. Institusi masjid dan agama menjadi medan berdebat, bermusuhan dan diperdagangkan dengan cara yang tidak pernah kita terfikir ia akan jadi.
Yang hak dipersoal dan yang batil dibayangkan sebagai yang benar. Inilah senario sekarang.
Sehingga kini peranan pembangkang untuk menjadi pihak yang menegur sudah hilang dan fokus mereka utama adalah untuk memerintah; dengan apa cara sekalipun, menurut falsafah 'matlamat menghalalkan cara', satu kaedah yang mereka tuduh kerap dilakukan oleh parti pemerintah. Lebih memeranjat dan mengerutkan dahi kita adalah, parti yang kononnya menjunjung Al-Quran dan mengimpikan perlembagaan Islam juga terikut falsafah kafir ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment