Idris Jala telah menggariskan 10 perkara yang dianggap penyelesaian bagi kemelut ribuan Bible yang disita oleh pihak berkuasa. Oleh kerana ia datang dari kabinet maka ianya bolehlah dianggap satu 'penyelesaian'.
Apakah kita boleh berpuas hati dengan kesemua 'penyelesaian' ini?
Umat Islam kini sedang bergelut dengan pelbagai masalah dan kemelut ini telah sedikit sebanyak mengelirukan umat Islam sendiri. Dari perspektif politik, umat Islam berpecah, dari perspektif ekonomi umat Islam paling lemah, dari perspektif sosial umat Islamlah yang menjadi juara mengikut statistik.
Dengan senario ini maka memang begitu mudah anasir-anasir luar dan dalam negara menyusup masuk baik secara halus mahupun terang-terangan.
Dari sudut perlembagaan kini pihak Kementerian Dalam Negeri sudah hampir hilang kuasanya dalam menentukan samada sesuatu kaedah penyebaran agama itu boleh menjejaskan umat Islam, atau sekurang-kurangnya mencabar artikel 153 perlembagaan negara.
Mungkin Bible dalam bahasa Melayu bagi kita dahulu sesuatu yang pelik tetapi kini ia boleh ditabur merata-rata tanpa sekatan. Apakah ini petanda kubu umat Islam yang hanya tinggal helaian-helaian perlembagaan sudah robek? Apakah Bible itu diterjemahkan sebagai Injil yang mana kita mengimani kitab Injil itu yang kini sudah diganti dengan Al-Quran-ul-Karim?
Tidak ada satu pun daripada 10 perkara yang digariskan itu menyebelahi umat Islam malah kesemuanya seolah-olah mengambil kesempatan di atas kelemahan umat Islam sendiri TERMASUK PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM sekali.
Lihat perkara 6 ini, ".............there should be no prohibition and restrictions for PEOPLE who bring along their Bible and Christian materials on such travels". Mengapa PEOPLE dan bukannya Christians?
Lihat perkara 8, "...for the impounded Bibles in Kuching, Gideon, the importer can collect all the 30,000 Bibles FREE OF CHARGE. We undertake to ensure the parties involve ARE REIMBURSED".
Mungkin penerimaan 10 perkara ada kaitan dengan politik sehingga tiada pihak dari parti politik sebelah Pakatan Rakyat yang salah satu anggotanya adalah parti Islam?
Akibat kebimbangan kehilangan undi maka kedua-dua belah pihak kini menyepi seribu bahasa, tanpa disedari bahawa membisu seribu bahasa itu mengundang pelbagai masalah aqidah umat Islam.
Mengapa 10 perkara? Kalau dulu the 10 Commandments hanya untuk orang Kristian, kini Idris Jala telah menguatkuasakan perkara 10 ini ke atas semua rakyat Malaysia termasuk umat Islam!
Braveiron tabik kepada semua pegawai yang terlibat dalam menyita Bible-Bible itu dan usaha mereka insya Allah dibalas dengan ganjaran yang besar dari Allah Subhanahu Wataala, Allahu Akbar!!!!!! Kepada Menteri-menteri Melayu Islam yang sengal itu muhasabahlah diri atau berhenti!! Masih tak nampak? 10 commandments?
No comments:
Post a Comment