Friday, January 1, 2010

Allah Kita 'Allah' Dia

Memang ramai Muslim marah dengan hakim Lau Bee Lan dengan keputusan beliau membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah yang merujuk kepada tuhan orang Kristian. Alasan beliau ialah perkataan yang sinonim dengan tuhan orang Islam itu adalah ianya digunakan sesama mereka dan tidak untuk tujuan menyebarkan agama mereka kepada umat Islam.
Walaupun artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan sebagai satu kesalahan untuk orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah untuk menyebarkan agamanya, keputusan hakim Lau itu boleh dianggap sebagai keputusan yang berbau argumentatif semata-mata.
Hakim Lau langsung tidak meneliti akan apakah tujuan disebalik pihak gereja untuk membawa kes larangan ini ke mahkamah dan mengapakah baru sekarang penerbitan itu sibuk hendak menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitannya dan menyebarkannya di negara ini yang mana agama rasminya adalah Islam tanpa meneliti apakah maksud Islam sebagai agama rasmi negara ini seperti yang telah ditafsirkan oleh Hakim Datuk Mohamad Nor?
Mengapa baru sekarang Herald sibuk hendak menggunakan Allah sedangkan dalam semua versi Bible mereka khususnya dalam Bahasa Inggeris, tuhan mereka hanya dirujuk sebagai Lord?
Allah bagi umat Islam yang mengenal dengan sifat-sifatnya tetapi apakah sifat-sifat Allah yang orang Kristian takrifkan? Apakah sumber mereka dalam mentafrifkan 'Allah' mereka? Adakah sifat-sifat 'Allah' mereka sama dengan sifat-sifat Lord?
Umat Islam perlu bangkit menentang habis-habisan keputusan ini kerana kesan di sebalik penarikan larangan ini bakal memesongkan aqidah dan mewujudkan kekeliruan akibat kekurangan ilmu dan kefahaman terhadap agama kita.
Mungkin Kementerian Dalam Negeri gagal mempertahankan keputusan Hakim Lau itu tetapi umat Islam mampu menunjukkan kesatuan mereka dengan membawa isu ini hingga ke peringkat Majlis Raja-raja serta membatalkan keputusan mahkamah itu kerana perbicaraan mengenai soal Islam mesti dibicarakan di mahkamah syariah.
Mungkin lepas ini penganut agama lain juga akan menuntut kerajaan membenarkan mereka menggunakan Allah untuk tuhan atau tuhaqn-tuhan mereka.

1 comment:

Hamdan said...

Allah dan Lord atau God jelas tak sama.

Lord "mempunyai anak" seperti yang mereka yakini.

Allah adalah tunggal dan tidak beranak pinak.

Allah maha suci.

Jangan kelirukan ummat.