Apa yang Nazri merepek baru-baru ni? Kalimah Allah boleh dipakai oleh Kristian di Sabah dan Sarawak, Penang dan Wilayah Persekutuan sebab tidak ada undang-undang atau enakmen yang melarang.
Alasannya ialah di tanah Malaysia Timur semua sudah biasa dengan penggunaan Allah oleh orang Kristian di sana. Alasan yang kedua ialah kerana orang Kristian lebih banyak di sana.
Kita tidak faham mengapa perlu pemimpin Islam negara ini mengendur dan mengundur bila agama digugat, aqidah digigit.
Apakah tidak ada cara langsung untuk kita mengembalikan Allah itu kepada perspektif dan kedudukan yang haknya?
Kita berbicara dan berhujah mengenai penggunaan Allah di semenanjung dengan fakta-fakta yang tidak laku bila dibawa ke Malaysia Timur padahal sentimen mengenai isu ini adalah sama sahaja di kalangan umat Islam di seluruh Malaysia. USIA juga sudah berdehem dengan kenyataan Nazri itu. Ini bermakna umat Islam di Sabah dan Sarawak juga masih bergelut dengan sentimen dan keadaan yang kurang selesa dengan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian yang kita tidak pedulikan selama ini! Umat Islam di sana juga mempunyai masalah untuk meletakkan Allah yang mereka sembah dan menjelaskan Allah bagi umat Islam itu lain dari 'Allah' orang Kristian kepada anak-anak dan keturunan mereka.
Ya betul di Sabah dan Sarawak mereka sudah biasa tetapi apakah semestinya mereka selesa dengan keadaan itu selama berdekad-dekad kebelakangan ini. Mana pembelaan dari saudara seIslam dari Semenanjung dalam isu ini?
Kepimpinan politik baik dari Pakatan dan Barisan mempunyai matlamat yang sama dalam isu kalimah Allah ini: meraih sokongan dan undi walaupun dengan menjejas dan menggadai aqidah umat Islam sendiri.
PAS dengan pendirian yang amat kabur sekali demi sokongan rakan-rakan sebantal mereka, DAP yang jelas anti Islam, manakala Barisan terpaksa akur dan tidak mahu menjejaskan sokongan pengundi Bumiputera Kristian dari Malaysia Timur kerana faktor terbesar kemenangan mereka adalah dari situ.
Beginilah mainan politik orang politik, baik mereka yang berjuang konon dengan nama Islam atau dengan nama Melayu yang Islam, tetapi Islam terus juga diletakkan di punggung.
1MALAYSIA!
No comments:
Post a Comment