Sunday, March 22, 2009

Tuan Guru Yang Kehilangan Mursyid




Tak tahulah apa yang dimaksudkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz apabila beliau menyatakan bahawa beliau adalah nakhoda kapal PAS.


Mungkin sebagai Mursyidul beliau mempunyai ilham (entah dari mana) untuk membawa parti itu ke tahap yang lebih mantap. Tidak pasti pula kita mengapa PAS sejak tahun 1990 apabila berjaya menguasai Kelantan dengan bantuan Ku Li menukar jawatan Ketua Dewan Ulama' kepada Mursyidul Am. Ini satu tanggungjawab yang berat lebih-lebih lagi bila Tuan Guru Nik Aziz seolah-olah diisytihar sebagai guru yang mursyid.


Datuk Nik Aziz menurut PAS, sedang memimpin PAS dalam era kebangkitan semula (1990-sekarang) dan menjadi sebahagian dari era pengukuhan ideologi PAS (1982-1995).


Tapi malang bila cadangan calon nakhoda ditolak di PRK Kuala Terengganu lalu telah menghasilkan kemenangan besar buat PAS apabila jawatankuasa pusat memilih anak Pak Endut menjadi calon. Untuk rekod Tuan Guru telah mencadangkan Mr. Sabu menjadi calon.


Kini PAS telah terjerumus dalam satu lagi dilemma samada hendak bekerjsama dengan UMNO atau tidak demi orang Melayu dan Islam di Malaysia.


Presiden mencadang, nakhoda menolak. Apa pula kata Majlis Syura Ulama PAS dan apa pula kata Jawatankuasa Kerja Pusat?


Datuk Nik Aziz masih berkeras seolah-olah tidak mahu langsung mengadakan kerjasama dengan UMNO kerana sejarah pahit dalam era fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982).


Tak tahulah samada Tuan Guru ini mengikut gerak hati atau berdendam atau bersangka-sangka. Yang paling kita bimbang ialah apabila Tuan Guru yang sudah hilang mursyidnya.

4 comments:

Z-MAY said...

sebenarnya jauh bezanya antara langit dan bumi, antara tuan guru parti dengan tuan guru agama. tak gitu?

tempeyekmelaka said...

Betul. Tapi Nik Aziz ini yang mana satu. Yang jelas dia lebih kepaa parti dan seorang ulama tak boleh ambil dua peranan; yakni tak boleh jadi umara' sekali gus. Boleh kacau umat seperti yang berlaku sekarang.
Umara' dan ulama' adalah dua badan induk dalam pemerintahan Islam (Simfani minannas). Umara' mesti merujuk kepada ulama' dalam beberapa perkara khilaf dalam pemerintahan.

Anonymous said...

Apakah kriteria y membolehkan seseorang digelar 'amir atau 'alim? Adakah perlu ada kelulusan master? atau phD?
Adakah pimpinan y diterajui oleh kerajaan sekarang menjalankan mengikut nasihat Majlis Fatwa y m'haramkan sureheboh dan rokok?
Manusia takkan perfect, dan sering melakukan kesilapan.
Apakah solution y dirasakan patut dilakukan?

Anonymous said...

sy rasa tidak energizer...mereka mengabaikan keputusan dari majlis fatwa...ntahla, apa nak jadilah dengan pemimpin skrg ni...huhu..pilihlah pemimpin yang berpegang kepada ajaran alquran dan as-sunnah...alquran adalah panduan yg terbaik...nabi bersabda, "Aku tinggalkan kamu dua perkara yg mana selagi kamu berpegang kpda keduanya kamu tidak akan sesat iaitu Alquran dan assunnah"....wallahua'lam