Dia lantik Datuk Dr Abdullah Zain menjadi Penasihat agama mengantikan Datuk Hamid Othman dua minggu lepas. Apakah rasionalnya Pak Lah melantik bekas Menteri itu di penghujung tempohnya?
Dua bulan lepas naik pula bill board sebesar padang bola di Jalan Syed Putra mempromosikan program Warkah Untuk PM yang telah bermula tahun lalu di bawah kelolaan Datuk Dr. Radhi.
Tak cukup kah surat atau masalah yang dibawa rakyat sehingga mahu dipromosikan sebegitu rupa? Kalau betul-betul ianya untuk PM mengapa dipaparkan sebesar-besar gambar Pak Lah sahaja?
Baru-baru ini pula tersiar gambar Pak Lah dengan kaki klentong nombor satu di rumah Sheikh Mahmud Abdul Rahman dan ianya telah menimbulkan sejuta spekulasi kerana yang ada hanya mereka berdua sahaja.
Setakat ini peralihan kuasa cuma retorik sahaja dan belum ada yang konkrit yang boleh meyakinkan rakyat akan peristiwa yang dinanti-nantikan itu.
Jangan-jangan Pak Lah sedang meminta nasihat pengklentong itu tentang bagaimana untuk mengadakan demonstrasi jalanan bagi menentang peralihan kuasa itu.
1 comment:
Tanda tanya...
Berserah kepada Takdir...
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Azam Baru – Semangat Baru UMNO
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Post a Comment