Monday, March 30, 2009

Pak Lah Undur: Kembalikan Integriti dan MARUAH Pensijilan HALAL

Halal adalah satu hak dan tanggungjawab penguasa yang TIDAK boleh dijadikan sebagai satu kaedah untuk mencari untung. Ia adalah satu pemberitahuan dan panduan untuk umat Islam dalam muamalatnya sehari-hari.

JAKIM dan JAIN-JAIN telah dipertanggungjawabkan untuk mengesahkan halal bagi barangan pengguna sejak tahun 1974 lagi dan walaupun terdapat beberapa kelemahan, namun ianya boleh diperbaiki. Tetapi Pak Lah telah mengambil jalan pintas dengan menswastakan kaedah pengesahan Halal ini kepada HDC di mana pegawai-pegawai JAKIM telah diserap untuk mengendalikannya.

Langkah Pak Lah ini jelas menyanggah roh yang terdapat dalam sistem pensijilan tersebut lebih-lebih lagi umum mengetahui siapa di belakangnya. Siapa di belakang Kasihdia yang aktif dalam industri halal, siapa di belakang World Halal Forum yang cuba mengubah lanskap industri Halal untuk diperdagangkan lagi.

HDC sepatutnya hanya berperanan dalam mempromosi industri halal dan memberikan tunjuk ajar dan panduan kepada syarikat-syarikat khususnya Bumiputera dalam mempertingkatkan kualiti produk mereka serta meneroka pasaran-pasaran yang berpotensi.

Bila pensijilan Halal sudah menjadi sebuah entiti perniagaan maka setiap aktivitinya akan mementingkan pulangan dan laba yang besar.

HDC juga akan memberikan sijil kepada seberapa banyak syarikat luar yang mahu meneroka pasaran Halal dunia yang pasti akan mengganggu pasaran produk Malaysia untuk dieksport keluar negara khususnya di Timur Tengah.

HDC juga telah mengeluarkan sijil Halal kepada Colgate yang mana syarikat ini telah bertindak menyokong pihak yang bertindak ganas terhadap umat Islam.

Begitu juga dengan Coca Cola dan Starbucks. Mereka terpaksa menghilangkan kepekaan mereka terhadap sensitiviti umat Islam demi wang dan keuntungan.

Dengan pengunduran Pak Lah beberapa hari lagi, umat Islam seluruh Malaysia harus bangkit dan memberikan isyarat kepada SAF kepimpinan sekarang agar mengkaji semula peranan HDC dan mengembalikan maruah dan integriti pensijilan Halal kepada pihak penguasa.
Pedulikan KJ dan KasihDianya kerana mereka semua adalah liabiliti kepada UMNO yang mahu berubah dan bertaubat!

No comments: