Thursday, March 12, 2009

Teresa Hina Islam Lagi


Sekali lagi Teresa Cock menghina umat Islam khususnya di Puchong dengan menderma RM10k untuk membolehkan masjid Puchong menukar PA sistemnya.

Kononnya alasan TC ini untuk membuktikan bahawa dia tidak anti Islam dan menghargai sokongan orang Melayu sehingga menang dan menjadi EXCO Selangor wanita paling kurang ajar dalam sejarah politik Selangor.

Masjid Puchong tidak wajar menerima sumbangan tersebut kerana jelas dalam Al-Quran ayat yang melarang orang musyrik memakmurkan masjid.

".... dan tidaklah layak orang-orang musyrik itu memakmurkan masjid..."

Ini adalah satu muslihat tulin dari TC untuk mengabui mata umat Islam dan ahli-ahli qariah masjid Puchong mesti bersatu menolak derma tersebut atas dasar arahan Allah dan juga merupakan satu penghinaan. Banyak sangatkah RM10k itu? Kalau tiap-tiap umat Islam di Qariah dapat sumbang RM5 seorang sahaja, lebih 10k boleh dikutip.

Warga Puchong tidak sengkek.

No comments: