Pakej rangsangan yang dicadangkan oleh Datuk Seri Najib baru-baru ini tidak boleh menjamin keadaan ekonomi negara dalam mengharungi kemelut kemelesetan ekonomi pada masa ini.
Kata ADUN Sri Muda, Selangor, pakej-pakej rangsangan yang telah dilaksanakan di beberapa negara khususnya Amerika Syarikat telah tidak membuahkan apa-apa hasil yang positif.
Tapi YB, takkan bila ekonomi meleset kita nak duduk diam saja. Tengok saja apa yang akan berlaku tanpa sebarang bentuk perlindungan.
Pakatan Rakyat pun ada buat pakej rangsangan, YB tak baca ke?
Rasanya tak ramai YB-YB pakatan yang tak baca sebab bila berhujah di Parlimen seolah-olah apa yang dibincangkan hanyalah komen-komen yang menyakitkan hati.
Macam bajet yang dicadang oleh PR sebenarnya bukanlah bajet yang serius kerana di dalamnya penuh dengan tuduhan dan cemuhan kononnya apa yang berlaku sekarang semuanya disebabkan oleh rasuah dan penyelewengan oleh BN. Tak satupun penghargaan yang dibuat.
Bajet alternatif yang dicadang oleh PR lagi baik kerana ada perniagaan orang Melayu yang boleh digadai kepada bangsa lain.
Perniagaan kereta impot misalnya. Anwar cadangkan supaya AP-AP dikeluarkan secara tender untuk memberikan manfaat kepada orang ramai termasuk peniaga bukan Bumiputera. Bijak, bijak. Kenapa tak buat benda yang sama terhadap AP gula yang dikuasai oleh Robert Kuok? Dia betul-betul monopoli. Pecahkanlah!
Subsidi pun dikurangkan lebih 1billion. Membela rakyat ke ni? Mana dia kerajaan berkebajikan?
Nampaknya banyak yang datang dari PR ini semakin menjengkelkan kita semua.
No comments:
Post a Comment