Tuesday, March 17, 2009

Mashitah Akui Islam Hadhari Gagal



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengakui bahawa gagasan Islam Hadhari yang diasaskan oleh Pak Lah Badawi gagal difahami oleh para pegawai dalam agensi-agensi berkaitan JAKIM.

Walaupun sudah 5 tahun diperkenalkan namun pemahaman terhadap isi dan konsepnya masih lagi kabur di kalangan pegawai?

Menurut Mashitah nama gagasan ini tidak penting kerana yang penting adalah pengisiannya. Jikalau tidak memahami konsepnya bagaimanakah ianya dapat diterapkan hingga ke peringkat rakyat biasa?

Braveiron rasa sudahlah. Dah lima tahun program berjalan tetapi para pegawainya masih tak faham mungkin ada sebab yang munasabah. Mungkin bukan tak faham tetapi buat-buat tak faham kerana ianya makin mengelirukan rakyat. Buang duit, buang masa.

Kalau dah Islam tu sendiri mendapat tafsiran yang berbagai dan menimbulkan kekeliruan inikan pula apabila timbul Islam Hadhari yang makin mengusutkan ummah.

Harap Najib dapat membetulkan keadaan ini dengan menyisihkan program ini dari kalender agenda negara dan mula memahamkan umat mengenai Islam yang sebenar.

Walaupun isinya mungkin bagus tetapi orang Melayu tak kan tengok isi jika namanya sahaja sudah menggambarkan penentangan yang jelas terhadap Islam.
Dengar khabar pula, salah satu tugas Mashitah adalah untuk menyemarakkan lagi Islam Hadhari.

1 comment:

Anonymous said...

Islam Hadarilah salah satu penyebab tsunami politik 2008.