MB Selangor, Khalid Ibrahim kata beliau tak mahu tabur janji dalam kempen pilihanraya Hulu Selangor yang bakal hangat menjelang 15 April ini.
Agaknya beliau dah sedar bahawa politik tabur janji sudah tidak boleh menjadi bahan untuk meraih undi lagi kerana sudah terlalu banyak janji pilihanraya dulu masih tertunggak. Nak disenaraikan satu persatu agak banyak di sini. Di billboard-billboard kempen pilihanraya Pakatan Rakyat masih lagi tertera janji-janji itu.
Nampaknya Pakatan bakal kehabisan modal untuk kempen kecuali cara maki hamun dan sumpah seranah sahaja. Tuduhan liar apatah lagi. Nak cerita fasal pembangunan dan apa yang berlaku di Selangor, banyak yang tak baik daripada yang baik.
Anwar sudah memulakannya dengan membawa sentimen Israel dalam dewan. Mula-mula dia kata 1Malaysia idea yang sinonim dengan 1Israel kemudian dia jolok lagi dengan membuat tuduhan bahawa dalam Bukit Aman sendiri ada perisik Israel.
Sama-sama kita tunggu cerita-cerita dongeng yang bakal dibawa Pakatan Rakyat pada masa kempen ini berlalu. Kita mungkin terhibur dengan cara penglipur-penglipur lara dari PAS, DAP dan PKR ini bersandiwara.
Apapun BN khususnya UMNO tidak boleh mengambil mudah dalam PRK ini. Pembersihan dalam UMNO itu sendiri pula mesti berjalan terus. Pemimpin-pemimpin UMNO yang kotor perlu dikikis dan dikukus supaya parti ini kembali ke landasannya tanpa kesan-kesan buruk.
Masalahnya pula kebanyakan mereka pula 'ada cerita'. Sebut sahaja pemimpin ternama UMNO di Selangor, pasti 'ada cerita'.
Mana-mana parti yang menang di PRK Hulu Selangor pastinya bukan parti yang baik tetapi adalah parti yang kurang keburukannya.
Thoughts on political, religious, social, international, consumer or other issues deemed necessary.
Thursday, April 8, 2010
Friday, March 26, 2010
Anugerah Dewan Paling Kecoh Sedunia
Thursday, March 4, 2010
PKR: Kepala Tak Cuci Ka?
Syed Hussin sosialis PKR kata gejala AP parti itu yang keluar adalah satu proses pembersihan dan penyingkiran liabiliti parti.
Beliau kata macam PAS dan DAP yang mengalami proses yang sama dan parti itu kembali kukuh dan teguh setelah proses penyucian itu.
Hai Syed Hussin janganlah bagi malu anak negeri buat kenyataan yang amat bodoh dari seorang yang amat senior dalam politik.
Kenapa, dah tak ada hujah lain ke. Kes nak sucikan parti, nak bersihkan parti, nak singkirkan liabiliti; ni adalah jawapan politik tahun model 70an.
Kalau ya nak bersih kenapa ketua umum begitu ghairah nak tangguh tarikh perbicaraan.
DSAI nak samak mahkamah dulu sebelum beliau boleh dibicarakan? Ingat kalau Sultan atau Raja ke mahkamah pun tak minta perkara bukan-bukan.
Lain pula gelagat anggota parti dengan Ketua Umum. Anak-anak 'buah' kata parti nak dicuci tetapi 'kepala' tak mahu dibersihkan.

Tuesday, March 2, 2010
Melayu Seronok Buat NGO!
Baru-baru ini Perkasa telah mengumpulkan 76 NGO Melayu untuk membentuk Majlis Perundingan Melayu dengan beberapa objektif yang kita lihat serupa dengan mana-mana NGO Melayu yang katanya berjuang untuk orang Melayu.
Sebelum ini kita juga ada MAPAN dan banyak lagi Majlis-majlis Perundingan meja bulatla, meja pesegila, meja lonjongla. Macam-macam lagi.
Tetapi tindakan yang kita lihat hanya setakat seronok bergambar dan bersidang media sahaja. Tindakan susulannya, lebih-lebih hantar memorandum selepas melalak-lalak depan balai polis dan kedutaan-kedutaan. Lepas tu isu yang dibangkit merudum. Menteri-menteri yang bingai pula tak ambil kisah, malah mengiyakan sahaja perbuatan-perbuatan musuh-musuh Islam ini.
Tengok sahaja kes Pengarang Urusan STAR, si Guna tu. Sampai hari ini dia bebas dan seronok lihat orang Melayu tak boleh buat apa-apa. Seronok melihat Menteri semakin bacul semakin menunjukkan kewadamannya. Mampu tak semua orang Melayu bersatu boikot STAR? Adakah kaki-kaki pukul Melayu yang berani gasak siGuna ni tanpa sebarang bayaran? Mengapa tiada ugutan untuk menyerang pejabat STAR?
Jawapannya: TAK MAMPU. Sebab, berapa ramai orang Melayu bergantung rezeki kepada STAR? Berapa ramai orang Melayu yang bergantung rezeki pada syarikat yang memberi khidmat pada STAR. Walaupun pendapatan mereka tak seberapa, tetapi itulah sumber rezeki mereka.
Jadi NGO-NGO Melayu janganla asyik seronok buat majlis-majlis perundingan dan ambil sedikit promosi dari acara itu tetapi yang paling penting ialah tindakan susulan yang berterusan sehingga puak-puak yang kurang ajar itu tunduk bukan sahaja kerana undang-undang dan peraturan negara tetapi akibat kegerunan mereka bila melihat orang Melayu betul-betul bersatu dan berbicara satu suara, satu bahasa, satu rencana.

Thursday, February 25, 2010
Barua di STAR, Menteri Terus Jadi Bacul?
Mungkin jikalau Pengarang Urusan The STAR mengeluarkan kenyataan menghina hukum Islam di negara asalnya sendiri, puak pelampau Islam di sana sudah menculik dan menyulanya.
Tapi Guna tahu beliau di Malaysia dan tahu Kementerian Dalam Negeri di sini tidak mampu berbuat apa-apa, kerana menjaga 'keharmonian kaum'. Terbukti walaupun beberapa NGO telah membuat laporan polis baru-baru ini, Guna masih lagi senang dan bebas tanpa apa-apa tindakan dari Menteri Dalam Negeri.
Semua orang Islam di Malaysia sedar yang mereka tidak perlu lagi berdepan dengan provokasi liar dan tidak bertamadun lagi. Kita sedar Guna sial ini mempunyai agenda untuk memporak perandakan masyarakat. Tetapi apakah kesedaran itu tidak disusuli dengan tindakan setimpal terhadap Guna melalui undang-undang yang ada. Apa kaitan petualang ini dengan undang-undang syariah jika beliau ditangkap meliwat atau diliwat bersama orang Islam sekalipun, beliau bebas dari tuduhan mahkamah syariah sebab dia kafir. Kita tahu di sebuah negara Islam, undang-undang syariah patut melibatkan semua tetapi kita di Malaysia tidak begitu. Undang-undang syariah hanya terpakai pada orang Islam di Malaysia.
Apakah kerajaan mahu umat Islam menggunakan undang-undang rimba seperti apa yang mungkin berlaku jika keadaan ini berlaku di India, Pakistan atau Iran dan negara-negara yang mempunyai puak radikal yang lebih agresif. Apakah kepimpinan Islam Malaysia mahu dengan rentetan kekurang ajaran ini bakal melahirkan kumpulan radikal Islam Malaysia pula.
Datuk Hisham! Bangunlah dari mimpi yang enak. Agamamu di negara sendiri sedang diperkotak-katikkan. Anda mempunyai kuasa, janganlah kuasa itu terus malap dan dituduh menjadi bacul di kemudian hari. Takut-takut dimasa depan bila Islam sudah kehilangan kuasa di Malaysia anak cucu kita akan bangkit dan kencingkan kubur-kubur kita semua.

Thursday, February 18, 2010
Tan Sri Muhyiddin Aniaya Pelajar?
Isu Bahasa Inggeris yang menjadi subjek wajib lulus tentunya menjadi fobia dikalangan penuntut SPM. Bagi mereka yang lemah dalam bahasa itu akan merasa kecewa kerana masa depan mereka bakal gelap kerana mungkin berdepan dengan sijil yang tempang.
Kadang-kadang kita lupa kerana terlalu mengagungkan bahasa penjajah itu bangsa kita sendiri teraniaya. Bayangkanlah masa depan anak-anak kita yang mungkin lebih ramai akan terabai kerana gagal dalam Bahasa Inggeris.
Apalah salahnya jika kertas Bahasa Inggeris itu mempunyai sijil yang tersendiri dan diasingkan dari sijil SPM. Terpulanglah kepada pusat-pusat pengajian tinggi untuk menerima pelajar ini jikapun mereka tidak mempunyai proficiency Bahasa Inggeris yang selayaknya daripada mereka merana kerana tidak dapat sijil penuh.
Jika mereka ingin bekerja, terpulanglah kepada majikan untuk menerima mereka. Mungkin kerana tidak ada sijil yang penuh maka bakat atau kelebihan yang lain yang ada pada belia kita mungkin akan terabai.
Fikir-fikirkanlah sedikit Tan Sri Abang Muhi. Dalam tempoh empat tahun mereka sudah boleh mengundi. Pengundi tak perlu SPM tau Tan Sri. Mereka tahu mereka tak dapat sijil penuh akibat keputusan Abang Muhi sahaja!

Tak Habis-habis Nik Aziz Ni!
Berdolak-daliklah di Lim Guan Eng mengenai perarakan maulid Nabi yang pada mula dilarang dengan satu surat pekeliling kemudian dinafikan dan akhirnya dibenarkan semula perarakan junjungan kita itu.
LGE memang licik tetapi bodoh sedikit. Mula-mula perintah dia kata nak contohi Umar Abdul Aziz. Lepas tu nak ambil hati orang Melayu dinaikan elaun guru-guru agama. Bukan main puji orang Melayu kat dia. Memang betul dia ikut Umar Abdul Aziz dan menggelar dirinya ulil amri.
Pok Nik Aziz diam sahaja. Tak apalah, tetapi baru-baru ini bila timbul isu perarakan Maulidurasul beliau kata tak ada guna sambut maulidurasul kerana tak ada fadilat.
Mengapalah Pok Nik ni tak habis nak timbulkan masalah furu' yang nyata akan menghabiskan masa orang Melayu. Sebelum ini isu kalimah Allah, lintang pukang Melayu dibuatnya. Tak pasal-pasal Melayu berpecah dua. Sekarang maulid Nabi, nak berarak atau tidak.
Pok Nik, mana lebih baik sambut Maulidurasul ke menyatakan kesedihan atas kematian Teoh Beng Hock dengan nyalaan lilin virgil? Hai la Pok Nik sudah tu. Bersara sahajalah dan jaga cucu serta menantu yang sudah tak ada kerja tu.

Thursday, February 11, 2010
Berapa Kalikah Anwar Nak PerBANGANGkan Rakyat?
Nizar kata keputusan mahkamah tidak mencerminkan kehendak rakyat dan kuasa rakyat tidak boleh dipulangkan. Nada sama juga dibeduk oleh orang yang lewat-lewatkan kes liwatnya.
Kalau orang bodoh punya kira-kiralah, apa yang diputuskan oleh mahkamah itu adalah sebenarnya melemparkan semula taktik yang dibuat Anwar dan PKR. Perkara ini sudah memuakkan rakyat sebenarnya.
Yang mulakan rentak lompat parti, ataupun Anwar tak suka perkataan lompat, dia kata 'menyeberang' ialah dia, siap berikan tarikh sekali. Itu katanya demokrasi. Bila ada hamba Allah dari BN betul-betul 'menyeberang' beliau bukan main suka dan kata inilah demokrasi tulin dan rakyat telah membuat keputusan. Tapi bila 3 orang wakil rakyat PKR dan DAP mengisytihar bebas beliau kata ini mainan politik kotor BN dan tidak mencerminkan kehendak rakyat.
Bodoh sangatkah rakyat hendak buat penilaian? Terbaharu bila mahkamah buat keputusan semua pemimpin pembangkang menolak dengan mengatakan bahawa mahkamah selalunya membuat keputusan selari dengan keputusan Sultan. Eh? Begitu pula komen mereka.
Sekali lagi rakyat dibodohkan.
Sebelum ini dalam kes liwatnya Anwar persoal bukti, persoal barisan pendakwa, terbaharu hakim pula.
Sekali lagi, benak sangatkah rakyat Malaysia sehingga hamba Allah ini hendak merendahkan pemikiran rakyat sehingga ke tahap bangang?

Wednesday, February 10, 2010
Lepas Ni Nak Persoal Hukum Liwat?
Masyarakat pemerhati kes liwat Anwar mungkin sudah dapat menjangka langkah bekas TPM ini dalam melewat-lewatkan kes beliau dengan alasan-alasan yang hampir mustahil tapi terus dilayan.
Beliau telah mempersoalkan bahan bukti, persoalkan barisan pendakwa dan terkini melalui Karpalnya mempersoalkan hakim yang mendengar kesnya konon tidak berlaku adil kerana tidak bertindak terhadap Utusan Malaysia yang dikatakan subjudice dalam kes ini.
Apakah Anwar mahukan seorang Nabi atau seorang yang bersifat pseudo malaikat dalam menghakimi kes beliau ini?
Selepas ini entah apakah yang mahu dipersoal Anwar untuk menangguhkan kesnya. Jangan dipersoalkan hukum liwat sudahlah. Nauzubillah.

Subscribe to:
Posts (Atom)