Monday, September 8, 2014

HADI KECEWAKAN PAS?

Apakah Hadi kini sedang mengecewakan harapan dan perjuangan Almarhum Ustaz Fadhil Noor?
Terkejut juga bila Tuan Guru Hadi Awang, Presiden PAS menyebut Perlembagaan Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan. Ini kerana sejak Amanat beliau dijaja ke hulu ke hilir sehingga anak tak mengaku bapa, isteri diceraikan, sembelihan orang UMNO kononnya haram, kejadian dua imam masih terjadi hingga kini, pendek kata, perpecahan umat Islam yang amat ketara telah berlaku.

Amanat Hadi yang begitu keras terhadap Perlembagaan
 negara yang telah mencetus isu kafir mengkafir 
antara umat Islam

Tragedi ini penyebabnya hanya satu, ketaksuban umat Islam PAS dalam menerima Amanat Beracun itu.
Kini pengeluar amanat itu telah mula menyebut-nyebut Perlembagaan negara yang dianggap perlembagaan yang berdasarkan perlembagaan penjajah di mana sesiapa yang terlibat menyokong dan mengguna pakai perlembagaan ini adalah kafir dan menentang puak-puak ini adalah mejadi tanggungjawab PAS dan jika mati, mati itu adalah mati syahid.
Itulah inti pati Amanat Hadi yang sehingga kini Presiden PAS itu tidak berusaha langsung menarik balik Amanat itu dan tidak berusaha langsung untuk memohon maaf kepada semua umat Islam yang sudah termakan dengannya.
Golongan yang mengaku ulama dalam PAS kini sedang bertarung hebat dengan golongan penyokong Anwar bila keputusan Majlis Syura yang merupakan pembuat dan pemelihara dasar perjuangan PAS dientengkan oleh Jawatankuasa PAS pusat dalam menentukan kedudukan Menteri Besar Selangor yang baru.
Sebenarnya PAS juga telah dilihat terbelah sejak isu kalimah Allah lagi di mana keputusan yang tidak jelas antara golongan ulama itu sendiri dan golongan berpendidikan sekular dalam PAS.
Golongan sekular dalam PAS ini telah mula mendapat tempat sejak zaman Datuk Fadhil Noor lalu di mana arwah telah begitu tegas dalam kenyataannya mengingatkan para penyokong akan prinsip perjuangan PAS. Beliau seolah-olah telah merasakan kehadiran beberapa individu ketika itu yang mempunyai misi perjuangan yang agak berbeza dari tradisi perjuangan parti itu.





Kehadiran golongan Anwarinas benar-benar mencabar 
keutuhan PAS yang mahu perjuangkan Islam.

Hari ini jelas kebimbangan Almarhum itu benar dan PAS kini berani untuk mengubah haluan perjuangan dan melupakan terus hasrat untuk menegakkan Daulah Islamiah di negara ini.
Hadi yang telah memberikan sinar memelihara perjuangan sebenar PAS kini merelakan parti itu luluh dan hancur di persada politik Malaysia sehingga parti yang berusia lebih setengah abad itu sudah seperti lori balak mendaki Bukit Putus, Negeri Sembilan. Apakah Hadi kini sedang mengecewakan PAS dan harapan Almarhum Fadhil Noor?
Kita tidak mahu melihat PAS lemah atau berkubur, tapi mahu melihatnya sebagai parti yang boleh mengimbangi kuasa UMNO dalam memelihara Islam dan golongan yang menegur kesilapan pentadbiran dan pengurusan umara'.

No comments: