Sunday, January 3, 2010

Mudah Sungguh Lagakan Umat

Barangkali pada masa ini pendita-pendita Kristian Malaysia sedang seronok dan ketawa besar melihat gelagat umat Islam yang berbeza pendapat mengenai penggunaan kalimah Allah. Jelas sekali mereka telah melangkah setapak lagi dalam usaha mereka menyesatkan umat Islam lantas membenarkan ayat 120 Surah Al Baqarah di mana Allah telah berfirman,
"Orang Yahudi dan Nasrani itu tidak akan reda selagi kamu tidak mengikut cara mereka...."
Keputusan mahkamah tinggi itu kelmarin telah menimbulkan keadaan kelam kabut di kalangan umat Islam sendiri. Ramai yang marah dan ramai yang menuntut pihak kerajaan membuat rayuan terhadap keputusan itu.
Di sebalik bantahan-bantahan itu ada pula yang terlalu pandai dan menyokong penuh keputusan mahkamah itu dengan alasan yang terlalu bodoh dan amat naif.
Alasan mereka sama dengan alasan Tok Guru bila Ustad Nga Komeng membaca ayat Quran. Mereka kata biarlah nama Allah disebut dan dipakai oleh semua pihak agar terbuka hati mereka terhadap Islam.
Adakah mereka faham sebenarnya apa agenda di sebalik tindakan mereka menggunakan nama Allah sekarang sedangkan sejak dahulu kitab suci mereka tidak menggunakan nama itu. Malah nama-nama nabi pun mereka Latinkan, Inggeriskan bergantung kepada gaya bahasa yang sesuai.
Kini pihak gereja dan Herald menggunakan nama Allah dengan alasan agar rakyat negara ini lebih menghayati konsep ketuhanan mereka sedangkan Allah dirujukan oleh banyak bahan rujukan ternama sebagai Tuhan orang Islam!
Yang lebih haru apabila tokoh-tokoh agama yang pandai pula menyokong keputusan mahkamah itu termasuk Tok Guru sasau kita dengan 'pastor' Khalid Samad.
Mungkin mereka mempunyai alasan untuk menyokong tetapi pada mata umum perkara ini tidak boleh dibincangkan secara terbuka kerana akan menimbulkan kekeliruan. Perkara ini hanya boleh dibuka kepada segelintir umat Islam yang berilmu dan faham secara mendalam akan agama Islam. Tindakan susulan yang lebih teratur boleh diambil jika perkara ini dikemukakan di dalam satu forum yang khas.
Apa yang penting adalah kita membendung tindakan Herald ini dahulu dengan mendesak pihak kepimpinan melakukan apa yang boleh untuk melarang mereka menggunakan kalimah Allah dalam menyebarkan agama mereka.

Memang senang nak lagakan umat Islam.

No comments: