Sunday, July 19, 2009

Politik Pakatan Rakyat Yang Semakin Menjengkelkan

Sudah empat hari Teoh Beng Hock mati di pejabat SPRM di Plaza Masalam, Shah Alam tetapi kenyataan-kenyataan dan perhimpunan demi perhimpunan telah dianjurkan oleh PR untuk terus menjadikan berita sedih ini sebagai modal politik.
Manik Urai telah cukup untuk memberikan isyarat kepada sokongan rakyat terhadap PR yang makin menguncup dan tindakan wajar bagi mereka ialah mempergiatkan kempen dan dengan timbulnya peristiwa sedih ini adalah berita gembira sebenarnya bagi Anwar dan konco-konconya DAPnya.
Bagi DAP tentulah isu utama mengenai penyalahgunaan wang kerajaan dapat diredakan dan bagi Anwar tentunya kes liwatnya tidak mendapat tempat yang utama di media-media buat waktu ini.
Bagi PR inilah waktunya untuk melemparkan apa jua tuduhan yang patut dan tidak patut terhadap kerajaan kerana inilah satu cara yang paling baik untuk memberitahu dan membuktikan kepada rakyat kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang langsung tidak boleh dipercayai.
Teresa Kok terus berkokok menyatakan ini adalah akibat tekanan dari 'political masters' BN yang menyebabkan pegawai SPRM menekan Teoh sehingga beliau tidak tahan dan membunuh diri. Ada yang menuduh ini sudah pasti kerja khianat dari kerajaan dan ada yang berpendapat kerajaan harus bertanggungjawab penuh terhadap kematian ini kerana Teoh masih lagi dalam jagaan kerajaan.
Memang segala macam andaian boleh dibuat terhadap peristiwa ini. Mereka yang memihak kepada kerajaan juga boleh membuat andaian.
1. Mereka boleh beranggapan bahawa sebenarnya ini adalah kerja tali barut dan gangster DAP kerana kematian Teoh boleh menutup segala kerja kotor kerajaan Selangor dalam mengagihkan wang kerajaan.
2. Oleh kerana mendiang mati di premis SPRM, sebuah agensi kerajaan, maka proses memburuk-burukkan kerajaan terus boleh dilaksanakan seperti biasa.
Taiko DAP, Ronnie Liu misalnya telah menyamakan kes ini seperti kes Kugan yang mati dalam tahanan polis.
Inilah kerja pembangkang dan kerja pembangkang ini pernah menyebabkan maruah negara terjejas seperti apa yang berlaku dalam kes ketuk ketampi sedikit masa dahulu.
Terhegeh-hegehlah Azmi Khalid menyembah maaf dengan kerajaan China kerana DAP telah menyatakan bahawa yang diketuk ketampi adalah warga China. Tetapi kerajaan sendiri dapat malu yang besar kerana didapati perempuan itu adalah seorang warganegara Malaysia, Melayu. DAP diam, orang Melayu pun DIAM!
Kalau Uji Rashid nyanyi semakin hari semakin sayang, tapi bagi Anwar, Ronnie, Teresa, anak-beranak Lim dan lain-lain kutu PR, kita boleh pekik semakin hari semakin mual, muak, jelak, menyampah..............

No comments: