Sunday, February 22, 2009

Isu Elizabeth Jadikan PAS Munafik Besar

Bekas Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek, meletak jawatan setelah video lucahnya tersiar dan tersebar. Video tersebut yang diambil melalui sebuah kamera tersembunyi di bilik hotel telah menjadi bualan orang dan beliau secara gentleman telah meletakkan jawatan.
Pembangkang pula pada masa itu terus mengepak dan menjadikan video lucah ini sebagai modal politik yang bernilai tinggi.
Kononnya mereka tidak boleh terima pemimpin yang bermoral rendah. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga telah menerima nasib yang serupa apabila Anwar memberikan tempelakkan yang sama dan bekas Ketua Menteri Melaka itu setelah diserang secara peribadi dan ditekan dengan hebat pun meletak jawatan, tanpa gambar atau video yang disiar atau diedar. Semuanya berdasarkan dakwaan dan kertas-kertas siasatan polis.
Chua Soi Lek bangkit kembali dan menang jawatan Timbalan Presiden MCA walaupun kesnya itu masih segar dalam ingatan para perwakilan.
Tan Sri Rahim juga mahu meletakan nasibnya untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Kemungkinan besar beliau tidak akan berjaya mungkin kerana budaya dan agamanya berbeza dari Chua. Masyarakat Melayu Islam tidak akan menerima kembali mana-mana pemimpin yang telah dikaitkan dengan isu seks.
Baru-baru ini PKR telah menambah senarai skandal seks dalam catatan sejarahnya apabila Elizabeth Wong dikatakan terperangkap apabila diperkatakan oleh ramai orang pencerobohan peribadi.
Gambarnya dalam keadaan separuh bogel telah sah diambil oleh teman lelakinya dan dari laporan-laporan tidak rasmi beliau sedar gambarnya itu diambil.
Apa reaksi pemimpin pembangkang? Rentaknya sama Anwar dan konco-konconya telah menganggap bahawa ini adalah konspirasi BN dan UMNO! Walaupun agak pelik, ianya telah diterima baik walaupun oleh Tok Guru PAS.
Tak tahulah, mungkin IQ mereka yang menerima skandal ini sebagai konspirasi BN agak rendah atau pun memang pemimpin-pemimpin PAS dan penyokong-penyokongnya sudah boleh menerima cara hidup boyfriend/girlfriend bersekedudukan. Ya, mungkin ini adalah soal peribadinya tetapi apabila ia didedah, hukum agama juga dibelakangkan. Hudud? Dah munafik ke Parti Islam ni?
Kes Soi Lek juga adalah peribadi tetapi sekurang-kurangnya beliau memang tidak menyedari aksinya itu dirakamkan oleh mereka yang hendak menjatuhkannya.
Lebih buruk lagi apabila Elizabeth hendak menebus maruahnya dengan meletak jawatan, Anwar Al Maksum kata pergi cuti dan tenangkan fikiran.
PR langsung tidak boleh menerima kejadian ini sebagai salah satu dari senarai skandal mereka.
Siapakah yang sebenarnya dalam state of denial sekarang?

No comments: